suria

Ieda Moin kesal kawan artis jaja cerita tak benar kepada syarikat produksi, dakwa tak lagi aktif berlakon

Pelakon Ieda Moin meluahkan rasa kesal apabila mendakwa ada pihak menyebarkan cerita tidak benar kononnya dia sudah tidak lagi berlakon kerana sibuk dengan perniagaan.

Menurut Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 46, dia tidak menyangka individu berkenaan merupakan kenalan dalam industri hiburan, malah hubungan mereka sebelum ini agak baik.

“Saya nak beritahu kepada semua yang saya belum lagi berhenti berlakon, tapi ada dalam kalangan kenalan industri yang mengatakan saya sudah tidak lagi aktif.

“Yang cakap itu saya kenal sangat, kawan-kawan juga. Industri kita bukan besar, pusing-pusing jumpa balik, jadi janganlah buat macam ini sebab masing-masing ada rezeki,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ieda menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, malah sehingga kini dia masih aktif dan tidak pernah terlintas untuk berhenti daripada dunia lakonan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi