suria

Ramai masih pandang serong, dituduh sombong…Dafi terkejut status anak VIP jadi punca

PENYANYI Dafi mendedahkan sehingga kini masih ada pihak yang memandang negatif terhadap dirinya hanya kerana status sebagai anak kenamaan (VIP).

Dafi atau nama sebenarnya Gaddafi Ismail Sabri, 38, berkata tanggapan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terutama dalam soal kerjaya apabila ada pihak membuat andaian tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Menurut Dafi, dia juga pernah dilabel sombong dan dianggap sukar menerima tawaran kerja hanya kerana latar belakang keluarganya.

“Selalunya orang yang jumpa saya memang ada tanggapan begitu.

“Kadang-kadang bila orang nak beri tawaran kerja, mereka sudah fikir awal-awal saya akan tolak. Sedangkan mereka tak kenal saya pun, tapi sudah label saya sombong.

“Memang banyak tanggapan negatif dalam masyarakat terutama bila bergelar anak VIP. Sekarang saya hanya jadi diri sendiri dan harap orang akan kenal siapa saya sebenarnya, bukan berdasarkan apa yang mereka fikir,”  katanya yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi