suria

Boss James jawab gurauan ‘tangkap basah’, masih tahu batas pergaulan dengan Hawa Rizwana

PERSONALITI media sosial, Boss James tampil menjelaskan isu gurauan ‘tangkap basah’ bersama Hawa Rizwana menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini. 

James atau nama sebenarnya James Lee, 34, meminta orang ramai supaya tidak salah faham dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Malah James berasa kesal apabila ada pihak sanggup menyunting video tersebut dan menyebarkan fitnah tidak benar. 

“Waktu itu Hawa tengah kurang sihat, jadi saya cakap nak jaga dia sebab masih ada tenaga. Tambah pula dia seorang diri di rumah. 

“Tapi mana mungkin saya boleh jaga Hawa sebab masih tahu jaga batas. Lagipun saya bukan orang yang sesuai, tapi mak ayah saya boleh bantu untuk jaga dia. 

“Ramai salah faham maksud saya pada live tu dan siap sunting video dan jadikan klip pendek. Disebabkan itu orang terlepas pandang apa yang saya cuba sampaikan. Harap jangan salah faham lagilah,”katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Boss James turut menepis dakwaan kononnya hubungan akrab bersama Hawa bertujuan untuk melariskan jualannya selain ingin menumpang populariti pengacara itu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi