suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Jamumall terharu Vida mahu taja kos bersalin, siap sediakan banglo penginapan sepanjang pantang

USAHAWAN dan personaliti media sosial Siti Jamumall tidak menyangka usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mahu membiayai sepenuhnya kos rawatan bersalin untuk anak ketiganya nanti. 

Menurut Siti atau Suriani Wahidin, 27,  Vida juga menyatakan hasrat menaja penginapan sebuah rumah banglo sepanjang tempoh berpantang di Ipoh, Perak nanti.

“Rezeki Allah berikan kepada saya tak sangka... nak menolak pun tidak sampai hati, bersyukur sangat kepada Datuk Seri Vida sebab nak taja kos bersalin nanti.

“Bukan sekadar melahirkan malah berpantang pun juga ditaja sebab nanti saya akan tinggal di sebuah rumah banglo selama tiga bulan yang pernah dibeli oleh mama (Vida),” katanya kepada mStar.

Walaupun sarat mengandung, Siti memberitahu dia tetap meneruskan kerja seperti biasa dan dia baru selesai mengadakan satu sesi perkongsian dalam kelas dianjurkan olehnya iaitu Host Live bersama Siti Jamumall di Klang.

“Saya terpanggil nak buat sesi ni sebab saya nak semua anak murid saya berjaya dan bila saya tengok yang datang semuanya macam lalui pengalaman perit macam saya jadi faham situasi mereka,” kongsinya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi