suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terasa kehilangan sejak bapa meninggal dunia, Azhan Rani raya dengan t-shirt saja… “Baju Melayu hanya dalam TV”

SEJAK pemergian bapa tercinta hampir sedekad lalu, sambutan Syawal buat pelakon Azhan Rani terasa sangat sunyi sehingga dia tidak lagi membeli baju raya baharu.

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, berkata, dia lebih selesa menyambut secara sederhana dengan hanya memakai t-shirt ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Kadang-kadang saya rasa boleh tak puasa sahaja, tak perlu ada raya.

“Masa arwah abah ada, kami satu keluarga memang akan pakai baju raya sedondon. Tapi bila dia tiada, saya pergi solat raya pun pakai t-shirt sahaja sekarang. Baju Melayu pakai dalam TV sahaja.

“Sejak 2016 saya tak beli baju raya. Ada kawan bagi baju Melayu pun masih ada dalam kotak, saya tak pernah buka,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, bapa Azhan iaitu Allahyarham Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 2016 akibat kanser tiroid.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi