suria

Kurang kongsi aktviti isteri & anak di media sosial, Tajul akui sibuk jadi punca utama tak kongsi di Instgram

PENYANYI Tajul mengakui kesibukan dengan pelbagai komitmen harian menjadi punca dia kurang aktif serta berkongsi momen bersama keluarganya di media sosial sejak kebelakangan ini.

Menurut Tajul atau Tajul Ariff Noor Mohamed, jadual kerja yang padat membuatkan dia terlupa untuk berkongsi perkembangan dengan peminat.

“Memang saya akui sekarang agak sibuk sampai kadang-kadang tak sempat nak update. Bila dah penat, kita rasa nak buat esoklah, tapi esok pun boleh terlupa juga.

“Selalunya isteri saya yang akan bantu update, sama ada di akaun dia atau akaun saya. Dia yang tolong postkan bila saya tak sempat,” katanya.

Tambah Tajul, dia bukan tidak berkongsi langsung di media sosial, sebaliknya hanya mengurangkan kekerapan kerana memberi fokus kepada urusan lebih penting.

“Ada juga saya post, cuma tak sekerap dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi ini merancang untuk kembali aktif membuat perkongsian terutama selepas Aidilfitri apabila jadualnya dijangka lebih teratur.

“Sekarang memang tengah sibuk nak raya. Banyak benda nak urus termasuk kerja nyanyian, buat content, review, urus pejabat dan bisnes sendiri.

“Dengan anak lagi, hantar pergi sekolah memang agak mencabar nak bahagi masa. Tapi insya-Allah lepas raya nanti saya akan cuba lebih aktif,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi