suria

Nubhan fokus perniagaan berbanding nyanyian, ada pekerja yang perlu dibayar gaji... “Tanggungjawab saya besar”

PENYANYI dan usahawan, Nubhan mengakui kekangan masa menjadi faktor utama dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran seni, lebih-lebih lagi selepas berakhirnya penglibatannya dalam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, meskipun masih menerima pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon, fokusnya kini lebih tertumpu kepada perniagaan yang diusahakan.

“Memang ada tawaran menyanyi dan berlakon, tapi saya komited dengan perniagaan. Masa saya tak macam dulu.

“Bila sudah ada perniagaan, tanggungjawab saya besar, lebih-lebih lagi saya ada pekerja yang perlu dibayar gaji.

“Kalau saya tinggalkan, seolah-olah saya biarkan perniagaan itu tanpa arah tuju,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nubhan menjelaskan penyertaannya dalam GV12 lebih kepada memenuhi keinginan untuk kembali merasai pentas nyanyian.

“Saya masuk GV12 sebab nak lepas gian. Saya dah dapat apa yang saya nak itu.

“Bukan memilih tawaran, cuma perniagaan pun perlukan perhatian. Kalau ada masa lapang, saya okay saja,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi