suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Idham tampil jelas isu parkir, bermaafan dengan Aliff Syukri sempena Aidilfitri

ISU parkir ‘double park’ yang tular sebelum ini membawa mStar ke Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus, Kota Damansara yang dimiliki pengarah dan penerbit, Dr Ahmad Idham dalam episod terbaharu #Bizibody.

Menurut Ahmad Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 52, teguran yang dibuat sebelum ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab pada masa hadapan.

Apa yang menarik, episod kali ini turut menyaksikan Ahmad Idham berhubung dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri buat kali pertama menerusi panggilan telefon.

Malah, kedua-dua mereka mengambil kesempatan untuk saling bermaaf-maafan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Ahmad Idham meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang meletakkan kenderaan secara ‘double park’ berhampiran premis sekolah miliknya di Kota Damansara yang terletak berdekatan dengan Wisma D’Herbs milik Aliff.

Saksikan pelbagai lagi perkongsian menarik daripada Ahmad Idham menerusi segmen #Bizibody, hanya di mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi