suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan edar kad kahwin, rupanya Syed Saddiq serah surat bantuan rakyat... Tak lupa tugas ahli parlimen

SPEKULASI mengenai tarikh perkahwinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi Bella Astillah kembali menjadi perhatian apabila tular gambar mendakwa kononnya Ahli Parlimen Muar itu ada mengedarkan sampul surat berupa kad jemputan perkahwinan.

Menjawab dakwaan tersebut, Saddiq, 34, menjelaskan sampul surat berkenaan bukanlah kad kahwin seperti diperkatakan ramai sebaliknya berkaitan urusan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa bab kahwin ini semuanya akan tiba. Saya minta untuk doakan sahaja dan insyaAllah tahun ini bermakna dan istimewa buat saya.

“Saya nak jujur yang kad itu adalah permohonan orang Muar yang saya sampaikan kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Itu adalah tugas dan tanggungjawab hakiki saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi