suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno cari lelaki serius, tak mahu main-main... Harap bakal suami faham kerjaya

PENYANYI Aisha Retno memberitahu fokusnya kini bukan terhadap hubungan cinta, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, mengakui ada jejaka yang cuba mendekati dirinya namun dia belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam fasa terdekat ini.

“Kalau cakap tiada yang cuba nasib itu macam menipu la pula kan sebab memang ada tapi buat masa sekarang ini saya memang mahu fokus menjaga karier dulu.

“Kalau yang datang selepas ini boleh faham diri saya serta kerjaya sebagai penyanyi jadi saya terima orang tersebut… tidak kisah orang itu dalam industri atau tidak.

“Kalau mana yang nak bercinta dengan saya boleh bermula sekarang tapi tidak mahu yang main-main untuk usia yang ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi