suria

“Satu hari saya akan pencen”... Siti Nurhaliza tidak akan selamanya menyanyi, kejar matlamat peribadi

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti akan bersara daripada dunia nyanyian.

Menurut Siti, 46, sebagai seorang wanita dan isteri, dia juga mempunyai perancangan serta matlamat hidup sendiri yang perlu difikirkan untuk jangka panjang.

“Saya pun ada perancangan dalam hidup juga, ada matlamat saya sendiri. Saya tidak tahu sampai bila boleh terus menyanyi.

“Suami pun ada bagi had juga (untuk menyanyi). Sampai waktu dan satu hari nanti saya akan pencen. Tapi saya tidak boleh bagitahu bila waktunya,” katanya.

Bagaimanapun, Siti memaklumkan selagi masih diberi kudrat dan kepercayaan peminat, dia akan terus memberikan yang terbaik dalam kerjayanya.

“Selagi boleh berbakti, saya akan buat yang terbaik. Selepas itu saya ada waktu untuk diri sendiri dan keluarga selain menyokong industri serta mempunyai legasi saya sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi