suria

Aisha Retno menangis terharu lagu ciptaannya dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza di pentas konsert

PENYANYI Aisha Retno tidak dapat menahan sebak sehingga menangis apabila biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Kesuma semasa Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.

Kata Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, lebih istimewa apabila Siti turut menyebut namanya di hadapan ribuan penonton yang hadir.

Tindakan Siti itu membuatkan dia terharu dan tidak menyangka menerima penghargaan sebesar itu.

“Saya memang ada buat lagu dengan Tok Ti sebelum ini iaitu lagu raya tapi yang lagu ni iaitu Kesuma masih baru tapi TokTi (Siti) nyanyikan di pentas besar Konsert di Stadium Bukit Jalil yang disaksikan lebih 60,000 ribu orang hadir.

“Biduanita kita membawakan lagu Kesuma ini dengan baik sehingga saya sebak dan menangis bila menyaksikan persembahan pada malam itu.

“TokTi merupakan orang yang sangat rendah diri jadi saya tidak sangka dapat penghargaan macam ini bila dia menyebut nama saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi