suria

Sembilan tahun hadap masalah rambut gugur, Elizabeth Tan masih belum jumpa penawar

PENYANYI Elizabeth Tan memberitahu sehingga kini dia masih belum menemui penawar bagi penyakit kulit yang dihidapinya iaitu alopecia atau keguguran rambut kronik sejak 2017.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, penyakit tersebut masih lagi menyerang sehingga menyebabkan rambut semakin gugur.

“Tahun ini Lizzy ada kena balik penyakit tu dekat bahagian tepi kepala saya, tapi sekarang rambut sudah tumbuh balik dan ini merupakan kali ke 14 sejak alami masalah Alopecia ni.

“Penyakit ini akan serang secara tiba-tiba dan tidak tentu sebab bila rambut gugur nanti akan tumbuh semula jadi tapi saya bertuah kerana tidak botak seluruh kepala macam orang lain.

“Setakat ini belum jumpa penawarnya dan nak kata stres punca rambut gugur pun tidak juga tapi sampai sekarang penyakit ini masih ada dengan saya,”katanya kepada mStar.

Sementara itu, Elizabeth berkata dia kini hanya bergantung kepada ubat steriod untuk mencegah masalah rambut gugur itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi