suria

Dipuji wajah ‘jambu’, Zaki Yamani pernah terima gangguan seksual... Tak selesa anggota tubuh disentuh

KES gangguan seksual melibatkan selebriti terus menjadi topik hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.

Pengalaman itu turut dilalui oleh penyanyi Zaki Yamani yang berkongsi cerita berdepan kejadian menakutkan itu.

Kata Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, kejadian itu berlaku ketika dia berurusan dengan individu merupakan pihak produksi.

“Saya penah lalui perkara itu. Ia terjadi ketika saya ada sedang bekerja lah. Ketika itu sedang sekolah menengah. Dia merupakan orang produksi.

“Awalnya dia panggil saya masuk ke dalam bilik. Ingatkan mahu beri tawaran kerja, tetapi benda berubah jadi lain sebab dia mula sentuh dan kata muka saya jambu. Itu yang buatkan saya tidak selesa.

“Selepas itu saya terus bangun keluar daripada bilik itu. Dan mujur ketika itu ibu ada disitu dan saya beritahu dia apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

Zaki memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Drama Vertikel FYP Macam VIP di Bangsar pada Rabu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi