suria

Nubhan tak mampu halang gerakan ‘cancel’, abai komen negatif... Lagu Andai Derita tiada kaitan isu peribadi

PENYANYI Nubhan tampil menjelaskan lagu terbaharunya berjudul Andai Derita tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kisah peribadi yang pernah dilaluinya bersama bekas isteri.

Meskipun ada pihak mengaitkan lagu itu dengan isu rumah tangganya, namun Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 40, menegaskan single berkenaan sama sekali tidak menyentuh kehidupan peribadinya.

“Alhamdulillah lagu baru saya bertajuk Andai Derita. Ini tiada kaitan dengan kehidupan peribadi saya. Lagu ini adalah untuk khalayak umum yang mengalami perkara tersebut.

“Untuk single ini, saya memilih kisah lagunya seperti itu. Kalau nak ikutkan, lagu-lagu saya yang sebelum ini memang lebih kurang sahaja.

“Terpulang kepada mereka yang mahu ‘cancel’. Saya keluarkan lagu ini adalah untuk mereka yang sentiasa beri sokongan dan hargai bakat saya. Terpulang, saya tidak boleh nak buat apa. Saya tidak mahu ambil tahu benda negatif,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi