suria

Hampir 5 tahun Ucop tak jumpa Ropie Cecupak, pasang impian ‘comeback’ bersama

HAMPIR lima tahun tidak berjumpa ahli Cecupak lain, pelawak dan pelakon Ucop Cecupak mengakui rindu terhadap sahabatnya iaitu Ropie .

Ditanya mengenai kemunculan semula kumpulan Cecupak, Ucop atau Muhammad Zaidi Mahmud, 52, berkata agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

“Hajat untuk kembali bersatu tu memang ada tapi bila dah kekurangan ahli ni jadi macam tidak lengkap sebab siapa nak ganti ahli yang sudah tiada tu.

“Kalau ada masa mungkin kami akan bersama tapi bertiga saja untuk buat persembahan saya, Ropie dan Pak Jais, tapi macam susah sikit sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

“Saya memang rindu dengan Cecupak ni terutama Ropie, lama juga tidak berjumpa dengan dia hampir lima tahun tak bersua, kami tidak bergaduh dan tiada masalah antara kami cuma masa tidak mengizinkan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi