suria

Farid Kamil kerap jumpa anak, Diana Danielle doakan yang terbaik… “Figura seorang bapa sangat penting”

Diana akui Farid rapat dengan anak-anak.

PELAKON Diana Danielle mengakui bekas suaminya yang juga aktor Farid Kamil masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak mereka.

Ditanya adakah Farid ada bertemu dengan Muhammad,13, yang mengalami kelumpuhan otot muka akibat jangkitan virus, baru-baru ini, 

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, menegaskan bekas suaminya itu masih kerap bertemu anak-anak.

Farid dan Diana masih jalinkan hubungan baik demi anak-anak.

Tambah Diana, hubungan baik itu mahu terus dipelihara kerana anak-anak memerlukan kehadiran seorang bapa dalam kehidupan mereka.

“Anak-anak memang rapat dengan dia. Setiap minggu mereka akan berjumpa, hubungan masih sama lagi. 

“Anak-anak tidak boleh hidup tanpa dia. Saya mahu hubungan baik ini berterusan. Membesar dengan figura seorang bapa adalah sangat penting,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad semakin berselera makan, sebut huruf dengan jelas... Diana Danielle kongsi perkembangan kesihatan anak

Dalam masa sama, Diana menegaskan keutamaannya kini adalah memastikan hubungan baik antara dia dan Farid terus harmoni demi kebajikan anak-anak mereka.

“Saya doakan semoga kami semua dapat ‘co-parenting’ dengan baik. Itu matlamat saya. 

“Saya doakan terbaik untuk dia (Farid). Saya sentiasa mahukan dia berjaya. 

“Bila kami dapat membesarkan anak-anak dengan baik, insya-Allah hasilnya akan menjadi yang terbaik,” ujarnya. 

Farid dan Diana mempunyai dua orang cahaya mata bersama.

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012. 

Pasangan itu kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. 

Bagaimanapun mahligai rumah tangga Diana dan Farid sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Muhammad,13 dan Nur Aurora, 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain