suria

Diana Danielle enggan ulas dakwaan Farid Kamil terlibat kes dadah, harap berita tidak benar

Diana tiada tahu mengenai kes Farid.

PELAKON Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan bekas suaminya iaitu aktor Farid Kamil sebagai individu yang didakwa terlibat dengan kes positif dadah.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, dia sendiri tidak mengetahui sebarang maklumat berhubung perkara tersebut dan berharap dakwaan itu tidak benar.

“Saya tak boleh nak komen dengan lebih lanjut kerana saya pun tidak tahu apa yang berlaku. 

Diana sentiasa doakan bekas suaminya.

“Saya harap berita ini tidak benar.  Sejujurnya saya memang tak tahu apa-apa. Apa yang boleh saya cakap, saya mendoakan yang terbaik,” katanya kepada mStar. 

Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara perasmian produk Numinara yang diadakan di Comman Ground KLCC, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Sebelum ini, polis mengesahkan penahanan pelakon lelaki terkenal selepas ujian saringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad semakin berselera makan, sebut huruf dengan jelas... Diana Danielle kongsi perkembangan kesihatan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”

Pelakon yang sebelum ini didapati positif dadah sudah pun dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 

Sejak kisah itu menjadi perhatian, rata-rata netizen mengaitkan nama Farid sebagai artis yang terpalit dengan kes tersebut.

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012. 

Pasangan itu kemudian bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. 

Bagaimanapun mahligai rumah tangga Diana dan Farid sekali lagi berakhir dengan penceraian pada 24 Mac 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain