PELAKON dan penerbit, Datuk Rosyam Nor akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tular yang mengatakan dia bertindak kasar terhadap seorang pelatih industri dari sebuah perniagaan alat bengkel.Menurut Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, isu tersebut akan diselesaikan sepenuhnya pada 14 Februari ini dan meminta semua pihak menunggu penjelasan lanjut daripadanya. “Tunggu 14 Februari saya akan ‘serang’ mereka. Mereka akan menghadap saya nanti. Rosyam tenang jawab dakwaan bertindak kasar terhadap pelatih industri.“Sebenarnya mereka ada buat bisnes, bila ada motosikal rosak mereka akan baiki. Jadi pihak mereka gunakan gambar saya tanpa izin. “Saya jadi marahlah. Rupa-rupanya mereka memang nak jumpa dan lantik saya sebagai rakan kongsi,” katanya kepada mStar. Rosyam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu AC Gas yang diadakan di KL Trillion, Kuala Lumpur pada petang Khamis. Bagaimanapun, Rosyam berkata salah faham itu akhirnya membawa kepada perbincangan meskipun pada awalnya situasi antara mereka agak tegang. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ugut boikot pasar raya sebab ’Iman’, Rosyam Nor anggap hanya gurauanARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah ada pembantu peribadi, Rosyam Nor urus kerjaya sendiri - “Dulu gaji pun cukup-cukup, mana mampu bayar PA”“Mereka yang buat marketing tetapi saya bernasib baik dapat rezeki dilantik sebagai rakan kongsi. “Bila saya ‘hentak’, kini saya sudah menjadi partner mereka,” jelasnya. Tambah Rosyam, dia mengakui bahawa emosi marah yang ditunjukkan dalam video tular tersebut adalah benar.“Namun apa yang tular itu memang betul saya marah,” ujarnya.Rosyam didakwa telah mengakibatkan seorang pelatih industri alami anxiety.Sebelum ini, tular di TikTok sebuah rakaman suara yang mendakwa Rosyam Nor bertindak kasar terhadap seorang pelatih industri.Situasi tersebut mencetuskan kekecohan apabila Rosyam didakwa menengking dan memarahi pelatih industri berkenaan.Rentetan kejadian itu, tindakan berkenaan dikatakan telah memberi tekanan emosi melampau kepada pelatih industri tersebut sehingga menyebabkan dia mengalami kebimbangan atau anxiety.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube