USAHAWAN Noor Nabila mengesahkan foto jejaka berjambang yang dimuat naik di InstaStory miliknya semalam adalah kekasih hati yang sedang dikenali sejak April tahun lalu.Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, berkata hubungan yang dibina secara serius dan matang dengan jejaka dikenali Mr AA itu diharapkan berjalan lancar sehingga ke mahligai perkahwinan. Bagaimanapun Nabila menjelaskan, mereka masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan besar.“Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan. “Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.Perbezaan usia 10 tahun bukan ukuran buat Nabila. “Kami sudah berkawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Keluarga kedua-dua belah pihak pun dah restu hubungan ini, Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Nabila, meskipun berbeza jarak usia 10 tahun, namun dia selesa berkawan rapat dengan Mr AA yang disifatkan sebagai individu yang penyayang selain pandai memasak. Baginya perbezaan usia bukan ukuran utama, sebaliknya kematangan, cara layanan, sikap seseorang itu lebih penting.“Apa yang membuatkan saya selesa adalah sifatnya yang ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Malah dia juga memiliki naluri kebapaan yang semula jadi. Itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.“Apa yang membuatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga dalam persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjambang rangkul pinggang Noor Nabila, netizen usik macam ‘pengantin baharu’ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sebenar dengan Sharnaaz Ahmad terjawab, Noor Nabila sedang kenali seseorang “Saya juga melihat hubungan ini bukan daripada sudut material atau luaran, tetapi lebih kepada kualiti dalam seseorang itu dan objektif untuk bina kehidupan yang tenang dan bahagia bersama.“Selepas melalui beberapa pengalaman perkahwinan sebelum ini, saya lebih berhati-hati untuk memilih dan mengenali seseorang. Bagi saya, hubungan yang sihat itu penting dan perlu saling menyokong antara satu sama lain.“Doakan semoga hubungan yang baru terjalin ini berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.Semalam perkongsian yang dimuat naik oleh Noor Nabila mencuri tumpuan ramai apabila dia bergambar bersama seorang lelaki berjambang. Foto itu turut memperlihatkan lelaki berkenaan merangkul pinggang Nabila sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.Jejaka berjambang yang mencuri perhatian akhirnya terjawab. Menerusi hataran berkenaan, lelaki tersebut tampil ringkas mengenakan kemeja putih manakala Nabila memakai gaun berwarna ungu.Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian.Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.Nabila seterusnya bernikah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama dan berakhir pada tahun berikutnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube