suria

Difitnah sudah bercerai hingga tampil imej botak, Ben Ladin nafi rumah tangga bergolak... “Saya akan jelaskan isu sebenar kesihatan saya”

Ben Ladin nafi rumah tangganya bergolak.

PENYANYI rap, Ben Ladin menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia dan isterinya,  Anna Syida sudah tidak bersama selepas mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya baru-baru ini. 

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 25, berkata dia dan isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dan bahagia melayari kehidupan rumah tangga. 

"Selepas video saya botakkan kepala ada yang cakap saya dengan Anna sudah tidak bersama. 

Ben Ladin menafikan keputusan membotakkan kepala kerana mempunyai masalah rumah tangga.

"Saya dengan Anna tiada masalah rumah tangga dan video (botakkan kepala) tiada kena mengena. 

"Alhamdulillah kami tetap bersama membesarkan anak kami," katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Sabtu. 

Menurut Ben, keputusan untuk membotakkan kepala bagaimanapun mempunyai sebab tertentu yang akan dikongsikan dalam waktu terdekat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin kini bergelar bapa, jantina anak masih jadi tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin kena scam dengan penyanyi rap, sanggup tolak tawaran RM10,000 demi nak tolong sahabat… “Ini bukan kali pertama dia tipu”

"Saya akan jelaskan isu sebenar kesihatan saya dalam masa terdekat ini,"katanya. 

Sebelum ini Ben mencuri perhatian netizen apabila memuat naik klip video menunjukkan rambutnya digunting hingga botak di sebuah premis gunting rambut.

Ben dan Anna dikurniakan cahaya mata pertama tahun lalu, namun jantina anak masih dirahsiakan. 

Dalam hantaran sama, Ben memohon orang ramai untuk mendoakan dia agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Untuk rekod, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai 2024 dan dikurniakan cahaya mata pada 23 Jun tahun lalu. 

 

 

Artikel Lain