WANITA yang datang haid pada bulan Ramadan pasti akan berasa ‘kosong’ kerana tidak dapat turut sama melakukan rutin solat tarawih, tilawah al-Quran mahupun berpuasa.Ada yang beranggapan 'tabung' pahala tidak dapat diisi atas sebab tersebut. Meskipun haid adalah fitrah biologi yang tidak dapat dielakkan, wanita muslim masih dapat melakukan beberapa amalan untuk memperoleh pahala sepanjang tempoh menstruasi.Dalam hukum Islam, wanita haid tidak dibenarkan solat, berpuasa, tawaf dan menyentuh al-Quran seperti dihuraikan dalam kitab Fathul Qarib (Syarh Taqrib) karya Ibn Qasim Al-Ghazi.Namun perbezaan pandangan ulama seperti mazhab Maliki dan Hanbali membuktikan bahawa ruang ibadah itu luas.Menurut portal Kompas.com, Ramadan bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, tetapi bulan memurnikan jiwa dan memperbanyakkan amal dalam pelbagai dimensi.Jadi, apa sebenarnya yang boleh dilakukan wanita haid sepanjang Ramadan?1. Mendalami ilmu agamaMenuntut ilmu adalah ibadah yang sangat dituntut.Dalam Tanbihul Ghafilin karya Abu Laits As-Samarqandi, diriwayatkan kata-kata Mu’adz bin Jabal tentang kelebihan ilmu adalah belajar itu kebaikan, mencarinya ibadah dan mengajarkannya sedekah.Hadis riwayat Ad-Dailami juga menyebut menuntut ilmu kerana Allah adalah tanda takwa.Oleh itu, waktu yang biasanya digunakan untuk solat sunat boleh diisi dengan kelas agama, baca tafsir atau dengar kuliah dalam talian.Menurut Abu Hamid Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ilmu ialah cahaya yang membimbing ibadah agar tidak sekadar rutin.Menyediakan atau memberi makan orang berpuasa adalah ibadah. -Gambar hiasan AI2. Mengajar dan menyebarkan manfaatIlmu yang dikongsi menjadi pahala berpanjangan.Dalam hadis riwayat Nabi Muhammad yang direkodkan oleh Imam Muslim, amalan seseorang terhenti selepas mati kecuali tiga perkara, antaranya ilmu yang bermanfaat.Wanita haid masih boleh mengajar anak membaca al-Quran, berkongsi tazkirah di media sosial atau membimbing keluarga tentang adab dan akhlak.Nilainya bukan sahaja sosial, tetapi juga kerohanian.3. Perbanyakkan zikir dan hidupkan hatiZikir tidak mensyaratkan suci daripada haid.Dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah SAW menyamakan orang yang berzikir seperti orang hidup, manakala yang lalai seperti orang mati.Tasbih, tahmid, takbir, istighfar atau hadir majlis zikir dapat membuka pintu pahala.Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 41 menyeru orang beriman supaya mengingati Allah sebanyak-banyaknya.4. Perbanyakkan doa terutama menjelang Lailatul QadarWalaupun tidak boleh solat, doa tetap terbuka luas.Dalam Musnad karya Ahmad ibn Hanbal, Saidatina Aisyah RA bertanya apakah doa terbaik pada malam Lailatul Qadar, lalu Nabi Muhammad SAW mengajarkan doa memohon keampunan.Haid bukan penghalang untuk ‘berdialog’ dengan Allah kerana doa boleh dipanjatkan pada bila-bila masa, dalam bahasa apa sekalipun.Pahala bersedekah pada bulan Ramadan akan dilipat gandakan. -Gambar hiasan AI5. Aktif dalam khidmat sosial RamadanRamadan sinonim dengan tanggungjawab sosial.Sediakan juadah berbuka, hulur bantuan kepada jiran atau sertai program komuniti.Dalam Fiqh Sunnah karya Sayyid Sabiq, sedekah sosial yang diniatkan kerana Allah tetap dikira ibadah walaupun bukan berbentuk ritual khusus.6. Bersedekah dengan ikhlasAllah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 bahawa pahala sedekah boleh digandakan hingga 700 kali ganda.Sedekah bukanlah sekadar wang ringgit tetapi turut meliputi tenaga, masa dan senyuman.Ramadan adalah bulan paling sesuai untuk melatih keikhlasan memberi.7. Memberi makan orang berbukaHadis riwayat Imam At-Tirmidzi menyebut, sesiapa yang memberi makan orang berbuka puasa akan mendapat pahala seperti orang berpuasa tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun.Takjil ringkas, sumbangan makanan atau sekadar berkongsi rezeki merupakan jalan pahala yang luas.