Kanak-kanak yang didatangi haid di usia muda cenderung mengalami rasa takut dan keliru. -Gambar hiasan AI
DI sebalik keterujaan melihat anak kecil membesar, terselit satu kebimbangan yang kian menghantui para ibu bapa zaman sekarang. Mana tidaknya, jika dahulu usia 12 hingga 14 tahun dianggap waktu normal untuk seorang gadis didatangi haid, namun kini trend tersebut berubah secara drastik. Fenomena kanak-kanak seawal usia lapan atau sembilan tahun yang sudah mula 'datang bulan' bukan lagi perkara asing.Malah lebih mengejutkan ada kes yang melibatkan kanak-kanak kecil seusia enam tahun.Menghuraikan dilema ini, pengamal perubatan am, Dr Kamesah Omar mendedahkan bahawa punca utama isu yang berlaku adalah daripada gaya hidup dan pemakanan sejak bayi lagi.Memetik kajian seorang profesor dari India yang berpangkalan di New York, beliau menjelaskan bahawa pengambilan susu formula berasaskan haiwan menjadi antara faktor penyumbang terbesar kepada masalah baligh awal.Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr Kamesah berkata, kitaran hidup manusia zaman sekarang sudah kurang 'natural' apabila ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan terpaksa menjalani pelbagai prosedur perubatan untuk mendapatkan zuriat."Zaman sekarang ni, bayi lahir daripada mak ayah yang tidak subur... yang 'diproseskan' untuk mendapat zuriat. Itu dah tak natural.Ibu bertanggungjawab memberi kefahaman tentang penjagaan diri pada anak gadis. -Gambar hiasan AI"Selepas lahir, sepatutnya disusukan dengan susu ibu tetapi kebanyakannya tak buat sebab stres, kerja ataupun memang tak ada susu."Jadi mereka beralih kepada artificial formula iaitu susu lembu dan susu kambing," jelas beliau di laman TikTok @dr_kamesah.Menurut beliau, susu lembu yang dihasilkan untuk tujuan komersial perlu melalui beberapa proses tertentu.Menyifatkannya sebagai 'sisi gelap' industri tenusu, ujar beliau pemakanan lembu telah dicampur dengan bahan tertentu bagi membantu merangsang pengeluaran susu secara besar-besaran."Katakanlah lembu betina beranak empat ekor, susunya hanya untuk empat ekor anaknya... macam mana dia boleh menghasilkan susu yang banyak untuk supply pada populasi dunia?"Semestinya lembu tersebut diberi makan sesuatu untuk membanyakkan susu. Proses industri tenusu ini banyak dark side, lembu itu mestilah diberikan sesuatu," jelas beliau.Tambah Dr Kamesah, meskipun susu tersebut diproses dan ditambah pelbagai vitamin serta bahan basmi kuman dan pasteurize, namun hormon di dalamnya tidak dapat dibuang."Hormon-hormon inilah yang akhirnya masuk ke dalam tubuh badan anak-anak kita dan disebabkan itulah banyak masalah (kesihatan) timbul masa kini," tambahnya.