KETIADAAN dua orang ahli Sofarz menyebabkan timbul dakwaan kononnya berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham antara anggota kumpulan ini.Menafikan dakwaan tersebut, gitarisnya iaitu Zimi atau Zarimi Zahari, 42, berkata khabar angin itu tidak benar malah memberitahu fokus utama dua ahli tersebut bukan lagi bidang seni.“Bergaduh dengan ahli kumpulan lain itu biasa, cuma untuk kami tidak bergaduh tetapi fokus mereka lebih kepada pekerjaan hakiki.“Dua ahli lain sekarang sudah ada pekerjaan tetap jadi keutamaan bukan lagi kepada muzik buat masa ini, jadi jangan salah faham sebab kami masih lagi baik dan okay saja.“Masing-masing sudah berumur jadi ada tanggungjawab jadi lebih baik berfikiran secara terbuka, kalau siapa yang boleh terlibat saja akan aktif bersama Sofazr ini,” katanya kepada mStar.TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI