PELAKON Keith Foo memilih untuk tidak mengesahkan dakwaan kononnya dia sudah memeluk agama Islam, sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai urusan peribadi.Bagi Keith, 43, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi dengan membuat pengumuman rasmi kepada umum. "Biar itu jadi satu tanda tanya pada orang (mengenai agama saya). Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku pada hujung tahun ini. "Saya rasa benda macam ini tak perlu diumumkan sebab ia dari hati kita sendiri. Jadi biarlah ia diketahui secara semula jadi.Keith Foo memaklumkan perkara itu ketika ditemui media pada Khamis. "Saya tidak akan umum. Biarlah orang tahu sendiri sebab benda ini semula jadi dari hati. Bukan sesuatu yang perlu kita kecoh-kecohkan," katanya kepada mStar. Keith berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Jwanjih Kenyang di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Khamis. Bagaimanapun Keith mengakui ketika ini dia sedang dalam proses mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam.Menurutnya, dia merasai ketenangan sepanjang mendekati agama, selain banyak dibantu oleh kekasihnya, aktres Riena Diana.ARTIKEL BERKAITAN: Keith Foo nafi sudah peluk Islam, akui perancangan ucap kalimah syahadah semakin hampirARTIKEL BERKAITAN: Jiwang betul Keith Foo sekarang, luah kata-kata romantis buat Riena Diana"Kadang-kadang ada yang kurang daripada saya, Riena akan tunjuk ajar. Dia akan beritahu. Kita pun membesar dengan agama masing-masing, jadi saya pun banyak benda tak tahu. "Terima kasih pada Riena yang banyak mengajar. Lagipun dalam keluarga saya sendiri pun dah ada tiga orang yang mualaf. Jadi ia adalah perkara biasa dalam keluarga saya."Islam ini beri saya rasa ketenangannya. Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita selalu sebut Alhamdulillah. Ia memberi ketenangan dan tidak memaksa," ujarnya.Keith dan Riena sentiasa menyokong antara satu sama lain. Berkongsi mengenai hubungannya bersama Riena, Keith berkata mereka ketika ini dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain. "Buat masa sekarang, apa yang kami lakukan adalah saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain, terutamanya dari segi kerjaya."Sekarang dah nak puasa, jadi kita akan sokong satu sama lain. Ramai orang kat luar sana suka bagi komen negatif (terhadap kami, biar mereka komen dulu," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube