suria

Keith Foo nafi sudah peluk Islam, akui perancangan ucap kalimah syahadah semakin hampir

Keith sedang lakukan persiapan untuk memeluk Islam.

PELAKON Keith Foo menafikan dakwaan dirinya sudah memeluk Islam selepas menjalin hubungan istimewa bersama aktres Riena Diana.

Bagaimanapun, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 42, mengakui perancangan ke arah itu sudah semakin hampir. 

"Belum lagi, rasanya maklumat itu salah. Biasalah orang suka buat cerita.

Keith dan Riena mula bercinta sejak 2024.

"Lebih kurang (sudah hampir). Bila semuanya sudah sedia saya pasti semua akan tahu juga," katanya ringkas.

Ditanya mengenai debaran yang dirasai, Keith memberitahu pihaknya sedang merancang dengan lebih teliti sebelum mengumumkan khabar tersebut.

"Semuanya dalam perancangan, saya akan berkongsi nanti," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Keith Foo dan Riena Diana banyak muat naik ‘content’ mesra kerana tuntutan kerja

Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar, Riena memberitahu aktor berkenaan sedang mendalami agama Islam sebagai persediaan sebelum melangkah ke fasa perkahwinan.

Kata Riena, dia juga sudah mempersiapkan nama Islam untuk kekasih hatinya itu.

Untuk rekod, Riena dan Keith mula menjalinkan hubungan cinta sekitar Jun 2024 selepas terlibat dalam penggambaran drama Salju Rindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain