ANAK sulung kepada pelakon Beego, Jelita Clarissa menegur bapanya selepas dikatakan memuat naik sebuah video lama di TikTok.
Jelita, 11, yang kini bertudung mempersoalkan tindakan Beego berkongsi rakaman ketika dia belum menutup aurat.
“Daddy! Jelita tak pakai tudung la, kenapa daddy expose sekarang? Itu kan video dulu,” tulisnya.

Nama Beego sekali lagi mendapat perhatian netizen di media sosial.
Menyedari perkara itu, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, segera memohon maaf dan memberi sokongan kepada anaknya.
“Sorry, ini video baru juga. Jelita baru je pakai tudung bukan? Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okay.
“Semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmat-Nya. Sayang awak selalu,” balasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf, no comment” - Beego bakal adakan sidang media selepas nama ‘dipetik’ berhibur di kelab malam
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada sebab saya tak balik rumah selama sembilan bulan” - Linda Hashim dakwa dipukul sejak 2016, anak-anak alami trauma
Terdahulu, pelakon itu memuat naik video ketika meluangkan masa bersama tiga anaknya menikmati ais krim di sebuah pusat beli-belah.
Dalam masa sama, Beego menafikan dakwaan kononnya anak-anak mereka mengalami trauma akibat konflik rumah tangga yang berlaku.
“Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma,” katanya.
Untuk rekod, isterinya yang juga pelakon Linda Hashim, 41, mendakwa tidak pulang ke rumah sejak sembilan bulan lalu kerana takut dikasari selain anak-anak turut dikatakan trauma melihat insiden rumah tangga mereka.

Beego kini berdepan masalah rumah tangga dengan isteri.
Linda memfailkan cerai pada Januari lalu selepas tiada persefahaman.
Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April tahun sama.
Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


