PELAKON Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di TikTok miliknya yang seolah-olah memberi bayangan tentang fasa baharu dalam hidup.
Menurut Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, setiap manusia ditakdirkan dengan perjalanan hidup berbeza dan tidak perlu bimbang kerana segalanya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
"Hidup kita semua punya takdir yang berbeza-beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan Dia (Tuhan).

Netizen mula berteka-teki dengan dakwaan perkahwinan Amira dan Fattah.
"Jangan khuatir tentang perjalanan kita kerana kita ada Dia," katanya.
Meskipun tidak menyatakan secara jelas, hantaran yang dibuat oleh penyanyi lagu Hati Hati itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang membuat spekulasi bahawa Amira bakal menamatkan zaman bujang.
Lebih menguatkan telahan netizen, penyanyi itu turut memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang bersiap dengan busana rona putih seperti pengantin.
ARTIKEL BERKATIAN: Fattah Amin bakal tamat zaman duda tahun ini, netizen dakwa dewan kahwin sudah ditempah
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman betulkan salah faham isu tahu kata laluan telefon Fattah Amin
Malah, turut kelihatan cincin emas bersama beberapa dulang hantaran dan kad yang tertera bertarikh 26.08 dengan inisial huruf A.
"Saya Nampak huruf A & F (merujuk nama Fattah).
"Kami warganet mendoakan agar urusan pernikahan Amira dan Fattah akan dipermudahkan, lancar, bahagia hingga ke syurga.
"Saya terharu, semoga yang baik-baik saja untuk Amira dan bakal pasangan. Saya doakan kamu berdua bahagia selamanya," tulis netizen.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads iaitu Kimchikims_ yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.

Peminat tidak sabar menanti khabar berita daripada Amira.
Meskipun tidak menyebut nama pasangan, namun terdapat netizen yang memetik nama Amira sebagai calon isterinya.
Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah pengumuman yang bakal dibuat penyanyi itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


