suria

Fattah Amin bakal tamat zaman duda tahun ini, netizen dakwa dewan kahwin sudah ditempah

KECOH di media sosial mendakwa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna platform Thread iaitu Kimchikims_ yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi," katanya ringkas.

Pendedahan yang dibuat netizen.

Meskipun tidak menyebut nama pasangan, namun terdapat netizen yang memetik nama penyanyi Amira Othman sebagai calon isterinya.

Menjengah ke hantaran tersebut, rata-rata tumpang gembira dengan khabar berkenaan selain ada yang mendakwa majlis tersebut bakal diadakan pada Disember ini. 

Tidak hanya itu, ada juga yang mendedahkan pasangan berkenaan sudah menempah dewan bagi majlis perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin enggan beri muka lagi… Pemfitnah dakwa curang ketika bersama Fazura bakal diseret ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman kantoi tahu password telefon Fattah Amin... “Korang nampak ke?”

"Dah ada orang dedah dewan sudah tempah, baguslah tahniah! Disember kot.

"Berita ini yang kami mahu dengar, akhirnya mereka kahwin juga!," antara komen netizen.

Sementara itu, usaha mStar menghubungi Amira Othman untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Netizen tumpang gembira dengan khabar tersebut.

Sebelum ini, pasangan ini kerap dilihat bersama dan mengenakan pakaian sedondon dengan alasan berkerjasama atas urusan kerja.

Malah Fattah pernah menyangkal dakwaan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain