PELAKON Fattah Amin menunaikan janji membawa anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya ke Disneyland Tokyo, Jepun, hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Fatima, 5, di Instagram miliknya yang teruja dengan percutian tersebut.
Kata Fatima, dia yakin percutian tersebut akan menjadi satu kenangan terindah buat dirinya.

Fatima bersama dua sepupunya di KLIA.
"Saya nak pergi bercuti yang paling saya nantikan, cipta kenangan dengan ayah saya ke Disneyland .
"Bolehkah auntie dan uncle doakan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan saya? Saya tahu saya akan sangat seronok!," katanya.
Sementara itu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi gambar Fatima bersama dua sepupunya berada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malah dia juga berharap orang ramai mendoakan agar percutian mereka berjalan dengan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: Fatima nak pergi Disneyland, Fattah Amin pula tanya kenapa tak jawab panggilan video
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah rancang bawa Fatima pergi Disneyland tahun ini
"Hai semua, Fatima, Numan dan Nailah nak naik kapal terbang dah ini. Doakan kami selamat pergi dan balik," kongsinya.
Pada Jun lalu, Fatima mengajak bapanya untuk pergi bercuti ke Disneyland Tokyo.
Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


