suria

“Nak kata ke ‘laut biru’ sekalipun saya tak kisah” - Zarina Zainuddin tak hirau kecaman selepas tampil lagu Pulut Kuning

Zarina enggan mengambil pusing komen negatif yang diterima.

SELEPAS alunan zikir nyanyiannya dikritik hebat, pelakon Zarina Zainuddin tetap tenang dan tidak menghiraukan kecaman apabila tampil melancarkan lagu terbaharu berjudul Pulut Kuning ciptaan sendiri.

Meskipun berdepan pelbagai cercaan, Zarina memilih untuk kekal positif dan menganggap kritikan tersebut sebagai sesuatu yang lucu.

"Saya ada juga baca komen netizen. Saya terhibur sambil tergelak. Mereka memang kelakar. Tak mengapalah saya fikir positif saja, tak kisahlah apa orang nak cakap.

Zarina berniat hanya mahu mempromosikan perniagaan pulut kuning miliknya.

"Saya ini bukan penyanyi, orang nak kata ke 'laut biru' sekalipun saya tak kisah. Apa yang penting saya hanya mahu promosikan perniagaan.

"Komen negatif saya abaikan saja sebab saya tahu bukan semua orang boleh terima apa yang kita lakukan," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. 

Menurut Zarina, 54, idea untuk mencipta lagu itu sudah lama dipendam kerana memikirkan kos penghasilan di Malaysia mencecah harga RM15,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin alun selawat tafrijiyyah, netizen pertikai suara tak merdu… “Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik suara sumbang, Zarina Zainuddin sedia masuk kelas vokal... “Video alunan zikir belum disunting”

Kata Zarina, dia berpeluang merealisasikan hasratnya itu ketika berada di Brunei dan bersyukur proses rakaman berjalan lancar apabila hanya mengambil masa sekitar dua jam.

"Saya dulu tak ada kesempatan nak buat lagu. Lagu itu saya cipta sendiri, jadi bila datang berniaga ke Brunei saya rakam terus di sini taklah buang masa. 

"Proses merakamkan lagu sekejap sangat hanya dua jam. Saya rakamkan lagu ini dua hari lalu. Di Brunei saya ada kawan-kawan yang boleh membantu, pengurus studio pun banyak beri tunjuk ajar. 

"Dah lama saya berhasrat untuk buat lagu bagi perniagaan saya ini. Tapi di Malaysia kos buat lagu sangat mahal mencecah harga RM15,000. Saya rasa membazirlah," katanya. 

Zarina menerima pelbagai reaksi selepas memuat naik lagu Pulut Kuning.

Dalam pada itu, Zarina tiada niat untuk mengejar populariti sebaliknya dibuat sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan miliknya. 

"Di Brunei studionya kecil saja tapi peralatan semua lengkap. Saya pun bukannya penyanyi, saya hanya mahu buat lagu untuk bisnes saya. 

"Kalau saya nak buat lagu nasyid atau lagu zikir, ia hanya sekadar untuk diri sendiri dan anak-anak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain