suria

Makin kurang bersama anak sulung, isteri Caprice tepis dakwaan pilih kasih

Elis tak pernah pilih kasih antara anak-anak.

ISTERI kepada penyanyi rap Caprice meluahkan rasa kecewa apabila dituduh mengabaikan anak sulungnya hanya kerana jarang memuat naik foto bersama di media sosial.

Berang dengan dakwaan tersebut, Fara Inalis atau lebih dikenali sebagai Elis menegaskan tiada istilah pilih kasih antara anak-anaknya, malah dia berasa sebak apabila terpaksa bercuti tanpa membawa anak perempuannya, Aleesya Sofea.

"Apa aku lalui tak perlu nak cerita dekat media sosial. Anak aku kandung, aku melahirkan. Kasih sayang tiada ganti, tiada istilah dilupakan atau pilih kasih.

Elis bengang dengan tuduhan netizen.

"Kalau perlu gadai nyawa sendiri untuk selamatkan mereka sedetik pun aku tak fikir. Mereka keutamaan aku, jangan sentuh bab anak.

"Apa yang aku kongsi itu saja yang kau layak tengok tentang hidup aku," katanya.

Elis berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya selepas ada netizen mempersoalkan ketiadaan foto Aleesya dalam gambar percutian terbaharunya.

Menurut Elis, percutian baru-baru ini terasa kosong tanpa kehadiran Aleesya memandangkan anak lelakinya, Airiel Qashaf, amat rapat dengan kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Caprice pertahan tindakan minta pemuda melutut minta maaf, samakan anak dengan haiwan lagi teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hina wajah anak melutut minta maaf depan Caprice, isteri... Pilih pergi masjid selesaikan masalah

Tambah Elis, sepanjang percutian tersebut, dia tidak dapat menahan rasa rindu terhadap kemesraan anak-anaknya yang biasanya menceriakan suasana.

"Aku sendiri pun sebak tak boleh nak taip apa-apa dekat sini ketika muat naik gambar ini. Ibu mana tak rindu anak bila pergi tempat bercuti macam ini. 

"Lagi-lagi Airiel ini rapat dengan kakak dia, setiap masa dalam hari ini bestnya kalau kakak ada. 

"Setiap penjuru terbayang dia orang dapat main sama-sama. Tahan rindu kadang-kadang berjurai juga air mata. Suami akulah jadi saksi," luahnya.

Elis kongsi aktiviti bersama anak-anak.

Dalam masa sama, Elis turut memuat naik semula momen bersama anaknya itu ketika bermain badminton.

Terdahulu, Elis menjadi perhatian netizen selepas didakwa semakin kurang berkongsi kandungan bersama anak perempuannya, sekali gus menimbulkan spekulasi Aleesya telah 'dilupakan'.

Untuk rekod, Elis mendirikan rumah tangga bersama Caprice atau Ariz Ramli pada November 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf.

Sebelum itu Elis pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aleesya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain