PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa gembira apabila kehadirannya bukan sahaja mendapat perhatian peminat berbangsa Melayu, malah turut diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Menurut Nabila, pencapaian itu membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus berkarya dan mencontohi idolanya iaitu Budianita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya gembira kerana kebanyakan pendengar lagu Melayu adalah yang beragama Islam, tetapi apabila bangsa lain turut mendengar dan menikmati lagu saya sudah tentu kita berasa seronok.

Nabila terharu diterima pelbagai bangsa.
“Bagi saya, itu adalah satu bonus sebagai penyanyi. Datuk Seri Siti Nurhaliza memang idola saya. Sebagai anak seni, saya mahu mencontohi dan menjadi seperti beliau.
“Kalau boleh, saya ingin capai apa yang beliau telah kecapi, tetapi semuanya perlukan proses, insya-Allah,” katanya.
Nabila ditemui pada sidang media Karnival BMC Family 360° di pusat beli-belah BMC Mall, Cheras pada Khamis.
Hadir sama pada sidang majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ai Global, Prof. Dr. Ng Kheng Lun.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali akui ChatGPT mudahkan pelajar, tapi tak boleh ganti peranan guru
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali kongsi wajah Baby M, teruja sambut Aidiladha di Kelantan
Mengulas mengenai percubaan membawakan lagu dalam bahasa Mandarin atau Tamil, Nabila berkata dia pernah mencuba menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin bersama penyanyi Daniel Fong.
Malah Nabila juga memberitahu dia pernah mengikuti kelas bahasa Mandarin sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi tertangguh disebabkan kekangan masa.
“Selain itu, saya juga merupakan duta pelancongan Taiwan, jadi sedikit sebanyak semua ini dekat dengan saya,” ujarnya.
Saya tertarik menjadi jurucakap kerana matlamat acara ini bukan sekadar hiburan.
NABILA RAZALI
PENYANYI
Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia telah dilantik sebagai jurucakap bagi Karnival BMC Family 360° yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 September di pusat beli-belah BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras.
Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG), penganjuran itu menyasarkan untuk memperkukuh nilai kekeluargaan, membina komuniti mampan serta menggalakkan gaya hidup pintar melalui pelbagai aktiviti interaktif, pameran, pertunjukan dan hiburan yang disediakan untuk semua peringkat umur.
“Saya tertarik menjadi jurucakap kerana matlamat acara ini bukan sekadar hiburan tapi medekatkan masyarakat dengan mesej kemampanan (sustainability) khususnya untuk keluarga dan kanak-kanak.
“Keistimewaannya karnival itu juga ia tidak hanya untuk ibu bapa dan anak-anak, tetapi semua lapisan umur dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, zumba, dan ceramah pendidikan.

Nabila bersama barisan Karnival BMC Family 360°.
“Saya juga akan tampil membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu pada hari kedua festival ini,” katanya.
Antara yang menanti para pengunjung termasuk pameran dan showcase oleh agensi kerajaan, swasta serta NGO yang diselaraskan dengan 17 UN SDG, pertandingan esports, ruang permainan interaktif untuk generasi muda, pertunjukan kebudayaan, mini zoo, serta pameran inovasi melibatkan pendidikan, teknologi, kesihatan, makanan dan gaya hidup lestari.
Acara ini dijangka mampu menarik lebih daripada 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran dengan tumpuan daripada komuniti sekitar Kajang, Cheras serta kawasan Lembah Klang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


