PENGACARA dan usahawan Neelofa memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi hubungan adiknya iaitu Ameera Khan dengan pelakon Jefri Nichol yang kini menjadi bualan hangat netizen.
Kata Neelofa atau Noor Nelofa Mohd Noor, 36, dia lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen kerana bimbang kenyataannya itu akan mencetuskan lebih banyak reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.
"Saya rasa nak simpan komen itu pada diri sendiri sebab ada sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Neelofa tidak mahu mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.
"Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk, apa saja jawapan pasti kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab.
"Saya tak mahu nak komen fasal hubungan cinta dia (Ameera)," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Neelofa menegaskan tidak adil untuk membuat perbandingan antara dirinya dan Ameera kerana mereka tidak berada dalam satu industri yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi vlog majlis nikah Aisyah Aziz, tumpang gembira buat abang ipar
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol tak mahu kehilangan Ameera Khan, serius sebagai teman istimewa
"Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.
"Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja,tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara. Tidak," ujarnya.
Untuk rekod, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) pernah menjalin hubungan cinta dengan Jefri sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.
Bagaimapaun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan pasangan ini kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


