BERMULA 1 Jun ini, Malaysia bakal memasuki fasa penting dalam sistem keselamatan identiti apabila MyKad generasi terbaharu diperkenalkan secara rasmi. Bukan sekadar penggantian kad fizikal, sebaliknya revolusi terbaharu itu merupakan satu penstrukturan semula landskap identiti nasional yang lebih selamat, moden dan bersepadu. Malah sejak diperkenalkan pada 2001, MyKad kini melalui evolusi besar dengan teknologi penyulitan terkini, ciri biometrik yang dipertingkatkan serta integrasi bersama MyDigital ID.Menurut Kementerian Dalam Negeri, MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih dapat memastikan identiti rakyat terus terpelihara, seiring keperluan keselamatan semasa dan transformasi digital negara."Penambahbaikan ini merangkumi naik taraf reka bentuk dan teknologi keselamatan, termasuk elemen pengesahan digital berlapis bagi membanteras pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri."MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa," katanya dalam kenyataan di Facebook.Ini lima perincian menarik mengenai MyKad Generasi Baharu1. Bukan sekadar 'facelift'MyKad baharu hadir dengan sistem keselamatan menyeluruh, menutup ruang longgar dan mengetatkan akses yang sebelum ini mudah dimanipulasi.2. Kod QR dan cip lebih berkuasaPengesahan identiti lebih pantas secara digital.Penyulitan moden menjadikan data lebih sukar digodam.3. Biometrik naik tarafBoleh simpan 10 cap jari, imbasan wajah dan iris. Kalau dulu satu kunci, kini siap 'mangga' dan penggera.4. MyDigital ID sebagai pelengkapMyKad kekal identiti fizikal, manakala MyDigital ID jadi pengenalan digital tunggal untuk urusan dalam talian yang berkonsepkan single sign-on bagi perbankan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.5. Sasar 15 juta pendaftaranSetakat pertengahan Januari 2026, sekitar 8.7 juta rakyat sudah mendaftar MyDigital ID.