PERSONALITI media sosial Imranul Effendy memilih untuk kembali kepada imej berambut hitam atas beberapa sebab tertentu. Kata Imranul, dia menukar semula warna rambutnya itu kerana mahu imej Jodoh Lebaran sebagai satu kenangan dan nilai sentimental yang hanya ada khusus untuk projek berkenaan. Tambahnya, dia tidak mahu imej ikonik itu terus dibawa ke projek-projek lain supaya kekal menjadi identiti yang eksklusif buat lagu berkenaan. Imranul berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Untuk saya, saya nak matikan rambut itu biar kekal untuk Jodoh Lebaran itu sahaja. Sebab benda itu sentimental untuk saya. Ya, memang akan terhenti sahaja dekat situ."Sebab saya tidak mahu bawa rambut itu dekat tempat lain dan biarkan rambut itu habis dekat situ," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Imranul menjelaskan langkah tersebut juga diambil sebagai persediaan untuknya menceburi bidang lakonan dengan lebih serius selepas ini.Jelasnya, sebagai seorang pelakon dia harus mempunyai fleksibiliti dari segi penampilan dan tidak boleh terlalu terikat dengan satu-satu imej sahaja.ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan hasil kegigihan! Fareez, Imranul juara All Star ChampionshipARTIKEL BERKAITAN: Penangan ‘Jodoh Lebaran’... Imranul Effendy semakin dikenali, mengaku tumpang populariti Aisha Retno"Sekarang ini pun saya nak masuk industri lakonan, saya kenalah ikut karakter yang bersesuaian. Kalau perlukan warna rambut hitam, saya hitamkan rambut," ujarnya.Sebelum ini penampilan rambut berwarna Imranul sering mencuri tumpuan warga maya sehingga ada yang menyifatkan gaya tersebut sudah menjadi 'trademark' buat dirinya.Malah ada yang menyamakan gaya rambutnya dengan watak granger iaitu karakter dalam permainan video Mobile Legends.Nama Imranul memuncak naik dengan lagu Jodoh Lebaran. Nama Imranul memuncak naik apabila dia menjadi penari buat lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno. Untuk info, Imranul bakal tampil dengan filem pertamanya iaitu Nar’sata: Sekutu Setan yang mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Mei.Selain Imranul, pelakon lain yang turut membintangi filem itu ialah Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair dan Fadlan Hazim.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!