MAJLIS perkahwinan merupakan detik bahagia yang paling dinanti-nantikan setiap individu untuk meraikan penyatuan jiwa bersama pasangan. Semestinya bakal mempelai mempunyai impian perkahwinan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Ada pasangan yang hanya mengimpikan majlis serba sederhana lantaran kekangan kewangan, namun 'bertembung' pula dengan keinginan ibu bapa yang mahukan anak mereka diraikan secara besar-besaran kerana mementingkan adat serta status sosial. Demikian juga dengan situasi dialami wanita ini yang kini tersepit antara keinginan untuk mengadakan majlis yang sederhana dengan keinginan ibu bapa tunangnya itu untuk merayakan hari bahagia mereka dengan majlis serba mewah. Pertunangan adalah satu ikatan di antara pihak lelaki dengan pihak perempuan yang berjanji untuk berkahwin. -Gambar hiasan "Sepatutnya majlis nikah kami bulan November tahun ni untuk belah perempuan, dan belah lelaki bulan Januari 2026. Parents dia (tunang) demand nak majlis sekitar RM25,000 hingga RM27,000 yang memang bukan ikut kemampuan dia. "Parents dia suruh selesaikan semua duit majlis belah lelaki tu bulan September atau Oktober tahun ni juga," demikian tulisnya. Menurut wanita tersebut, tunangnya sudah cuba berbincang dan menerangkan situasi kewangan, namun ibu bapa lelaki tersebut tetap dengan pendirian mereka dan enggan memahami situasi pasangannya. ARTIKEL BERKAITAN: Nak nikah duda, wanita ‘seram’ tengok bakal mentua asyik kutuk bekas menantu... Tak mustahil terima nasib sama ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkejut gaya hidup mentua! Setiap hari bangun lewat, tengah hari baru keluar bilik... 'Bising' kalau tak sedia sarapan "Dia kata bajet hanya ada RM15,000 sahaja dan parents dia terus cakap tak nak masuk campur dan lepas tangan sampaikan tak nak datang majlis nikah anak lelaki dia. "Dia pun kata tak apa, teruskan je nikah tanpa mak ayah dia. Saya sebagai tunang dia rasa serba salah," luahnya. Kesian apabila ada yang terpaksa ambil loan. Baru kahwin, dah menanggung hutang. Ikutlah poket sendiri, bukan poket orang lain. NETIZEN Malah dedah wanita tersebut lagi, sikap bakal mentuanya itu menjadi punca majlis hari bahagia tertangguh biarpun sudah dua tahun mengikat tali pertunangan. "Kami dah bertunang dua tahun dan kami lambat kahwin juga disebabkan family dia. "Sekarang tunang saya dah betul nekad nak nikah tanpa mak ayah dia. "By the way, belah perempuan tak ada masalah dalam hal ni sebab family saya jenis easy going," kongsinya lagi. Ibu bapa seharusnya memudahkan urusan anak-anak yang mahu membina 'masjid'. -Gambar hiasan Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan pasangannya kerana tersepit antara kekangan kewangan dan kemahuan keluarga. Malah ramai yang turut berkongsi pengalaman sendiri serta kenalan terdekat yang hampir senasib, selain memberikan pandangan masing-masing sebagai solusi kepada pasangan yang berdepan situasi sama. "Mak aku pun dulu kalau boleh nak buat besar-besar sebab kenduri anak sulung. Jenuh juga nak fahamkan, tapi akhirnya dia akur. Kita yang nak hidup lepas kahwin kan... bukan orang lain. "Bab ni memang ramai yang pernah kena. Kadang mak ayah ni bukan apa, terlebih ikut adat dan tak mahu diumpat. "Sekarang ni semua benda kena guna duit. Kesian apabila ada yang terpaksa ambil loan. Baru kahwin, dah menanggung hutang. Ikutlah poket sendiri, bukan poket orang lain," komen netizen.