SETIAP hubungan pasti ada cabaran, namun perbuatan curang merupakan satu pengkhianatan yang paling mencabar emosi seseorang.Lebih mengecewakan apabila kecurangan tersebut berakhir di ranjang, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita ini mengenai kekasihnya. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut mendedahkan kekasihnya kantoi menginap di hotel bersama gadis berkenaan, pada ulang tahun ke-3 mereka bersama sebagai pasangan kekasih.ARTIKEL BERKAITAN: Nak cerai lepas jumpa foto suami pegang tangan awek lain... Tapi dilema sebab gempal, simpanan 'ciput' - "Dulu saya cantik"ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikah"Kekasih saya kantoi check-in hotel dengan budak lapan tahun lagi muda daripada dia. Cantik, seksi, bergetah. Ini bukan kali pertama dia curang."Pernah curang dengan orang lain. Cumanya ini kali pertama kantoi dah sampai ke hotel."Dia check-in masa kami tengah gaduh. Dua hari lepas tu, dia celebrate birthday budak tu dekat hotel ye," tulisnya pada perkongsian berkenaan.Tiada wanita yang tidak bersedih apabila mengetahui dirinya dicurangai pasangan. Ujarnya, demi menutup kecurangan, kekasihnya memaklumkan mahu memutuskan hubungan mereka atas alasan tidak mendapat restu keluarga, tanpa menyedari dia sudah mengetahui perbuatan lelaki tersebut. "Saya memang dah tahu dia check-in, tak kuasa nak balas mesej dia yang minta break. Hari yang sama saya block dia di media sosial."Kemudian dia start repost dekat Instagram cakap saya dah tinggalkan dia tanpa sebab. Padahal dia tak sedar yang saya dah tahu (kantoi)."Dosa ke kalau terus tinggalkan dia, hilang macam tu je? Atau patut bagi closure (penutup) juga ke dekat dia?" tulisnya lagi.Seorang wanita mendedahkan kekasihnya kantoi check-in hotel dengan gadis lain ketika mereka berpacaran.Lelaki itu sebelum ini pernah curang, tetapi ini kali pertama berlaku sehingga ke hotel.Kekasihnya cuba sorok kecurangan dan mahu putuskan hubungan dengan alasan keluarga tak restu. Wanita tersebut sekat kekasih di media sosial dan tidak balas mesej.Netizen menyokong tindakan tegasnya demi maruah diri.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun ramai yang menyokong tindakan tegasnya menolak kekasih yang curang, sambil menasihati bahawa menamatkan hubungan demi menjaga maruah dan hati sendiri adalah wajar."Tak payah closure... Biar je macam tu. Biar dia tertanya-tanya kewujudannya."Sangat tepat. Selamat move on. Semoga berjumpa jodoh yang 100 kali lebih baik."No closure tu lgi bagus. Biar dia rasa dia tak layak dikejar," demikian antara komen netizen.