suria

Mentua jadi ‘joykiller’, tak senang hati tengok cucu 2 tahun menari lagu ‘Wheels On The Bus’ - “Kalau pandai mengaji lagi bagus”

Anak adalah anugerah terindah yang membawa kebahagiaan, kegembiraan, dan seri dalam sesebuah keluarga. -Gambar hiasan AI

SUASANA gembira bertukar janggal gara-gara hati seorang wanita terusik selepas mendengar komen sinis daripada ibu mentua tentang anak kecilnya.

Menurut wanita itu, situasi berkenaan berlaku ketika suaminya dengan penuh bangga menunjukkan telatah anak mereka yang pandai menari mengikut lagu kanak-kanak, Wheels On The Bus.

Namun reaksi ibu mentuanya yang mengkritik dan tidak menunjukkan rasa kagum dengan kebolehan cucu berusia dua tahun ini kekal dalam ingatannya sehingga ke hari ini.

"Tiba-tiba teringat balik satu kejadian, suami dengan teruja beritahu mak dia dan suruh tengok anak kami dah pandai menari lagu the wheels on the bus go round and round.

Elakkan daripada mengguris perasaan ibu bapa dengan mengkritik anak mereka. -Gambar hiasan AI

"Tapi mentua saya terus cakap... kalau pandai mengaji lagi bagus. Saya macam... eh? Bagi saya, benda tu (kata-kata mentua) macam kena terus dekat mak saya.

"Mak yang mengasuh anak kami. Saya terkedu, suami pun terus diam," luahnya dalam hantaran di media sosial.

Biarpun berasa kecil hati dengan pertikaian tersebut, dia cuba bersangka baik dan menganggap ibu mentuanya mungkin terlepas cakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dimalukan bakal bapa mentua ‘mulut laser’, pakai baju kerja pun jadi isu... Terus tanggal cincin tunang di meja makan!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua gelabah elaun kena potong! Menantu beri pengajaran sebab mulut ‘laser’, selama ini sangka anak lelaki kesayangan gaji besar

"Saya terasa juga. Anak saya baru cukup dua tahun. Mak ayah mana yang tak nak ajar anak tentang agama... sabarlah.

"Anak saya pun baru pandai cakap sikit-sikit. Dia tengok animasi Upin dan Ipin, video Alif Ba Ta (huruf jawi) tu ikut je cara dia.

"Mak saya ada dekat tempat kejadian juga. Mak mungkin tak ambil kisah tapi dalam hati dia, saya tak tahu. Saya anggap dia terlepas cakap jela," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ramai yang bersetuju bahawa komen seperti itu boleh melukakan perasaan ibu bapa.

  • Bapa bangga tunjuk anak menari, tetapi ibu mentua mematahkan suasana dengan komen tentang mengaji.
  • Ibu muda terasa hati apabila mentua menyindir kebolehan cucu yang baru berusia dua tahun.
  • Kata-kata mentua membuatkan pengadu terkedu, manakala suaminya terus berdiam diri.
  • Pengadu cuba bersangka baik dan menganggap mentuanya terlepas cakap.
  • Perkongsian itu mencetuskan perdebatan netizen tentang tekanan mengaji kepada anak kecil.

"Lain kali jawab dengan nada ketawa... itulah anak mak ni dulu masa umur dua tahun mesti dah pandai mengaji kan mak.

"Menyampah orang cakap macam tu. Kita tahu mengaji tu memang disuruh dalam Islam tapi itulah, kecil lagi dah nak suruh pandai mengaji.

"Agak-agaklah, tambah lagi kalau budak tu baru pandai bercakap. Dah tanya pandai mengenal huruf jawi ke tak. Naik angin betul aku," komen beberapa netizen.

Artikel Lain