suria

“Hati-hati dengan lelaki mata merah” - Wanita minta ujian air kencing jadi syarat tambahan saringan praperkahwinan

Masalah ketagihan dadah sering menjadi punca penceraian. -Gambar hiasan AI

KISAH kepincangan rumah tangga disebabkan penyalahgunaan dadah bukanlah perkara baharu dalam masyarakat masa kini.

Tambahan pula semakin ramai golongan isteri tampil mendedahkan mereka teraniaya kerana tidak mengetahui pasangan adalah penagih sebelum mendirikan rumah tangga.

Menyedari perkara tersebut sering terjadi, seorang wanita mencadangkan supaya pihak berkuasa agama Islam mengetatkan lagi syarat perkahwinan.

Ujian air kencing dapat membantu mengenal pasti individu yang mengalami masalah ketagihan. -Gambar hiasan AI

Ujian air kencing dapat membantu mengenal pasti individu yang mengalami masalah ketagihan. -Gambar hiasan AI

"Boleh tak selepas ini pejabat agama tambah syarat untuk berkahwin iaitu pasangan perlu buat ujian air kencing terlebih dahulu," ujarnya ringkas di Thread.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan tiada pihak yang 'tertipu' dengan pasangan yang rupa-rupanya mempunyai masalah ketagihan bahan terlarang. 

Malah katanya, tindakan itu bagi mengelakkan golongan isteri dibebani pelbagai isu rumah tangga termasuk masalah kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sangkut’ ujian air kencing, wanita lega sikap tunang terbongkar 3 bulan sebelum nikah! Pandai ‘cover line’, langsung tak syak apa-apa

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa... Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan

"Puak penagih ni menyusahkan anak orang," tambahnya.

Dakwanya lagi, mereka yang mengalami masalah ketagihan sering kali mengalami kesukaran untuk memikul tanggungjawab selain tidak berkeupayaan mengurus diri sendiri dengan baik.

  • Ramai isteri dakwa tertipu kahwin penagih dadah.
  • Wanita cadang syarat nikah buat ujian air kencing.
  • Mahu elak pasangan sorok masalah ketagihan.
  • Katanya penagih bebankan isteri, kewangan dan emosi.
  • Netizen kongsi pengalaman pahit, nasihat jangan berharap berubah.

"Penagih ni bukan reti jaga diri sendiri, dia tiada hak nak jaga anak orang," tegasnya lagi.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya termasuk mereka yang pernah berkahwin dengan penagih dadah.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

"Tahun ketujuh perkahwinan baru tahu suami ada masalah ketagihan, masa tu tengah hamil anak ketiga... rasa ditipu hidup-hidup.

"Kalau ganja, kesannya memang tahan enam bulan. Hati-hati dengan lelaki mata merah tapi bukan baru bangun tidur.

"Wahai wanita, jangan ingat cinta hang boleh buat dia berubah ya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain