suria

Ibu hidap kanser otak tahap akhir tengah bertarung nyawa, bapa tiri sibuk tuntut harta sepencarian - “Mak aku belum meninggal”

Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat oleh pasangan. -Gambar hiasan AI

UMPAMA sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah yang dialami wanita ini apabila dia menerima surat tuntutan mahkamah daripada bapa tirinya mengenai harta sepencarian bersama ibunya.

Lebih menambah rasa kecewa, tuntutan berkenaan dibuat semasa ibunya sedang bertarung nyawa kerana menghidap kanser otak di tahap terminal.

Pelbagai barang keperluan perlu disediakan untuk menjaga penghidap kanser otak terminal. -Gambar hiasan AI

Pelbagai barang keperluan perlu disediakan untuk menjaga penghidap kanser otak terminal. -Gambar hiasan AI

Pengadu yang enggan mendedahkan identiti berkata, segalanya bermula apabila dia menggunakan wang ibunya untuk membeli barang keperluan bagi penjagaan orang sakit.

Tambahan pula, ketika ini dia sudah tidak mempunyai sumber pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

"Aku tengah jaga mak aku, kanser otak terminal... aku ambil cuti tanpa gaji.

"Aku guna duit mak untuk beli barang dia, sesen pun aku tak ambil," luahnya di X.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas cerai ibu talak tiga, bekas bapa tiri merayu nak terus tinggal bersama... Baru sedar jadi gelandangan, tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ayah tak jujur, rahsia poligami hanya terbongkar lepas meninggal… Paling sakit hati ibu tiri bolot rumah, harta pusaka

Menurut wanita ini, ketika sedang bergelut menjaga ibu yang sedang sakit, dia terkejut apabila menerima surat tuntutan mahkamah daripada bapa tirinya.

"Aku dapat surat saman, ayah tiri tuntut harta mak aku. Luluh hati aku, mak belum meninggal lagi," ujarnya yang kecewa dengan tindakan bapa tirinya yang didakwa tidak berperikemanusiaan.

Malah wanita ini turut mengakui dia mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menyaksikan penderitaan ibunya.

  • Wanita terkejut terima surat saman harta daripada ayah tiri.
  • Tuntutan dibuat ketika ibu hidap kanser otak terminal.
  • Dia guna duit ibu untuk jaga dan rawat, bukan untuk diri sendiri.
  • Tertekan jaga ibu sakit sambil berdepan isu mahkamah.
  • Netizen berang, nasihat segera dapatkan bantuan guaman.

"Hari-hari aku menangis tengok mak aku menderita sakit... tunggu masa," tambahnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya berang dengan tindakan bapa tiri kepada pengadu.

Tidak kurang juga yang menasihatkannya agar mendapatkan khidmat bantuan guaman segera kerana tuntutan harta biasanya hanya boleh dilakukan selepas kematian (faraid) atau jika terdapat dokumen hibah mahupun harta sepencarian yang sah.

Warga maya turut meluahkan rasa geram pada ayah tiri pengadu.

Warga maya turut meluahkan rasa geram pada ayah tiri pengadu.

"Bukti resit-resit beli ubat, apa-apa rawatan dan perbelanjaan mak awak tu kena simpan, buat dokumentasi juga penjagaan awak dari pagi sehingga malam.

"Semoga ada peguam yang boleh bantu kau buat hibah, tak guna punya jantan... kahwin sebab harta orang je.

"Tolong failkan harta sepencarian untuk mak dulu, pergi mahkamah syariah dan tuntut," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain