LULUH hati seorang wanita hamil tatkala mengenangkan sikap suaminya yang disifatkan terlalu berkira dalam soal kewangan.Menurut individu berkenaan, dia berasa seolah-olah dipandang rendah oleh suami sendiri kerana tidak bekerja buat sementara waktu demi menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. "Hina rupanya isteri tak bekerja di mata suami. Baru cuti seminggu sebab nak bersalin tapi dia dah ungkit sebab bagi saya duit. Duit dia satu sen pun saya tak makan.Isteri lebih sensitif ketika sedang hamil. -Gambar hiasan AI"Semua tu untuk beli barang anak kami. Duit tu pun saya tak minta tapi dia yang bagi. Memang sakit bila dia cakap... dah bagi duit kan."Apabila sebut macam tu, kita diam sebab memang saya tak akan pakai duit dia dah," ujarnya di Threads.Lebih menyedihkan, wanita yang berkahwin atas aturan keluarga itu terpaksa melalui proses kehamilan seorang diri kerana menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suami.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil teruk dimarahi suami, beli ayam tempura RM20 ketika tengah sesak duit - “Kita miskin, ‘teringin’ kita tak laku”ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan adik, setiap bulan bayar ansuran kereta dan beri duit belanja... Isteri hamil dibiar berhimpit naik LRT pergi kerja"Saya dengan dia PJJ sejak hamil. Memang semuanya beli sendiri. Memang setiap bulan dia bagi je nafkah, cuma hujung-hujung (tempoh hamil) saha minta lebih."Saya nak beli barang anak, lagipun untuk buat persediaan kalau jadi apa-apa. Tapi belum apa-apa sudah ungkit. Memang saya refund balik semua duit dia. Tawar hati nak pakai," ujarnya.Suami sering mengungkit nafkah, buat isteri hamil terasa hati.Wang diberi digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak.Isteri urus sendiri check-up dan persiapan bersalin.Permintaan lebihan duit cetus salah faham.Isteri tawar hati dan pulangkan semula wang.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menasihatkan pengadu supaya terus tabah menghadapi ujian tersebut."Sabar ya sis. Biasalah tengah hamil kita mudah terasa. Apa pun jangan berhenti kerja."Cakap dekat dia, kalau suami tak bagi nafkah sehari kepada isteri pun dah berdosa, inikan pula bertahun-tahun. Rajin-rajin dengar ceramah ustaz bab nafkah."Pakai je duit dia sis. Awak sakit hati, lepas tu tak pakai duit dia lagi dia suka," komen beberapa netizen.