suria

Kagum tengok ramai anak muda jaga solat, tak segan jadi imam... Lelaki anggap surau mall ‘port baik’ cari jodoh

Setiap pusat beli belah lazimnya menyediakan kemudahan surau untuk kegunaan pengunjung.

"NAK cari jodoh, cari dekat surau mall!"

Demikian pesanan ringkas seorang pengguna Threads selepas melihat golongan remaja dan anak muda beratur untuk menunaikan solat di surau sebuah pusat beli belah.

Menurut lelaki ini, ketika itu keadaan surau dipenuhi ramai pengunjung yang sedang menanti masuknya waktu solat. 

"Semalam dating dengan isteri di mall. Nak dekat Maghrib tu, aku terus pergi surau mall.

Ramai yang menjaga solat dengan menunaikannya di surau mall. -Gambar hiasan AI

Individu yang menjaga solat akan menunaikan ibadah itu walau di mana saja mereka berada. -Gambar hiasan AI

"Ramai yang tengah tunggu nak solat, masuk waktu, aku azan.

"Kemudian, aku paling belakang dengan yakinnya tanya siapa hafiz mari jadi imam," ujarnya berkongsi situasi.

Susulan pertanyaan itu, dia tidak menyangka terdapat beberapa anak muda yang menyambut baik pelawaan tersebut dan memikul tanggungjawab untuk menjadi imam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangladesh jadi imam di surau R&R, pemuda Malaysia tersentuh dengar bacaan - “Aku terbayang solat dekat Makkah”

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi imam tarawih kepada seorang makmum di surau mall, guru terkedu dengar alasan budak lelaki enggan solat di rumah

"Dua tiga orang budak muda macam nak berdiri, yang paling dekat dengan aku bangun dan terus ke depan," tambahnya yang turut teruja melihat tindakan spontan anak muda berkenaan.

Menueut lelaki ini, jiwanya semakin tersentuh apabila menyedari kebanyakan jemaah yang memenuhi ruangan solat tersebut bukanlah golongan veteran, sebaliknya terdiri daripada generasi muda.

Malah dia turut memperincikan bahawa 70 peratus daripada jemaah yang ada di surau berkenaan adalah golongan remaja dan berstatus bujang.

  • Lelaki teruja surau mall dipenuhi remaja tunggu waktu solat.
  • Beberapa anak muda berani tampil jadi imam.
  • Hampir 60 jemaah, majoriti golongan muda dan bujang.
  • Katanya 70 peratus yang hadir adalah remaja.
  • Pesan: nak cari jodoh, carilah dekat surau mall.

"Hampir 60 orang solat jemaah, dekat 30 orang tengah beratur nak masuk (surau).

"Dari semua mereka ni, 70 peratus adalah remaja dan bujang.

"Tu aku cakap... nak cari jodoh, cari dekat surau mall. Orang jaga solat," tambahnya menitipkan pesanan kepada individu yang masih mencari pasangan hidup.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan perkongsiannya mengenai usaha mencari jodoh.

Tidak kurang juga yang meninggalkan reaksi mencuit hati dan pengalaman solat di surau pusat beli belah.

"Masa akak solat hari tu pun, ramai yang wanita muda tengah cuci solekan sambil tunggu azan.

"Betul tu bang, ramai budak-budak muda yang kebanyakannya ke depan jadi imam kalau solat di mall.

"Laaa abang, macam mana nak tahu mana satu single.

"Ayah-ayah dan abang-abanglah tolong carikan jodoh tu sebab surau mall asing antara lelaki dan perempuan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain