suria

Nasib hidup miskin... Jiran warga Indonesia sering 'sedekah' sisa, makanan basi untuk keluarga - "Tahu, dah lama tak makan ikan"

Masyarakat dianjurkan memberi sedekah barang yang baik. -Gambar hiasan AI

MENGHORMATI jiran sangat dituntut dalam Islam, namun tidak semua individu mampu menunjukkan sikap atau tindakan positif ini dalam kehidupan berjiran.

Menerusi satu hantaran tular, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan terkilan selepas melihat anak-anaknya diberikan sisa makanan oleh jirannya.

Menurut wanita berkenaan, jirannya itu merupakan warga asing dari Indoneisa.

Berkongsi cerita, wanita ini mendakwa dia sudah lama menyedari tentang tingkah laku jiran yang suka memberikan sisa makanan kepada keluarganya.

Berkongsi hidangan adalah lumrah biasa di kawasan kejiranan. -Gambar hiasan AI

Berkongsi hidangan adalah lumrah di kawasan kejiranan. -Gambar hiasan AI

Namun dia memilih untuk mendiamkan diri demi menjaga hubungan baik meskipun terluka kerana sering menerima 'sedekah' makanan yang tidak habis.

"Kami memang susah tapi janganlah sampai bagi makanan bekas cubit sendiri pada anak-anak aku.

"Selama ni aku diam je jiran Indonesia aku bagi makanan pada aku, makanan yang tak habis memang 'campak' ke rumah aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu anak enam syukur dapat jiran India baik hati, hari malang bertukar bahagia... Sanggup singsing lengan masak kari ayam!

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran masak gulai untuk anak, wanita terkedu disuruh beli sebab ada lebihan! Enggan pinjamkan duit dicop bodoh, kedekut

"Konon tak nak membazir, semua aku ambil sebab nak jaga hati jiran tapi makanan tu semua aku tak makan pun," luahnya di Thread.

Menurut wanita ini, kebiasaannya sisa makanan yang diterima itu kemudian akan dibungkus dan dibuang.

Dia mengakui tidak tergamak untuk memberikan sisa tersebut kepada anak-anak mahupun suaminya untuk dimakan.

Bercerita lanjut, ujar wanita ini, tahap kesabarannya memuncak apabila dia mendakwa anaknya membawa pulang dua ekor ikan goreng yang telah dicubit bersama sup ayam yang sudah berbau masam.

  • Wanita kecewa jiran beri sisa makanan pada anak-anak.
  • Dakwa kejadian sudah berlarutan lama, tapi dipendam demi jaga hubungan.
  • Suatu hari anak bawa pulang ikan dah dicubit isi, sup ayam sudah masam.
  • Wanita ini menangis, suami mengamuk dan buang makanan depan rumah jiran.
  • Tegaskan bukan tak bersyukur, cuma adab memberi perlu dijaga.

"Bekas cubit ikan tu dah bersepah atas pinggan dan dia cakap kat anak aku nah ni nak, makan ya... tahu, dah lama tak makan ikan.

"Aku dekat dapur masa tu, anak bawa masuk lauk-lauk tu ke dapur dan aku tengok... hati aku membuak-buak sakit," tambahnya yang sebak mengenangkan nasib diperlakukan sebegitu.

Menurutnya lagi, situasi menjadi kecoh apabila suaminya melihat dia menangis teresak-esak.

Susulan itu, katanya, anak-anak menceritakan apa yang telah terjadi, sekali gus membuatkan suaminya mengamuk.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

"Suami aku pergi buang depan pintu rumah jiran aku tu, mengamuk betul dia.

"Tuan rumah datang tenangkan suami aku dekat situ, jiran tu pun tak berani keluar langsung," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, wanita ini menyatakan bahawa dia bukanlah tidak bersyukur dengan pemberian orang lain.

Namun baginya, adab dalam memberi haruslah dijaga supaya tidak mengguris perasaan penerima.

"Bukan tak bersyukur, tapi bagi tu biarlah makanan yang kita memang niat nak bagi. Bukan makanan yang kita sendiri tak boleh habiskan dan sudah diusik.

"Aku sendiri kalau nak sedekah dekat jiran, aku tak usik makanan tu. Letak dalam bekas elok-elok. Makanan yang sudah diusik memang aku tak akan bagi... itu semua adab," ujarnya.

Artikel Lain