Setiap penghuni bertanggungjawab memastikan rumah sewa sentiasa berada dalam keadaan bersih. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas berkongsi kisahnya yang pernah menyewa di sebuah rumah bersama individu berasal dari Kelantan.Menurutnya, rakan serumahnya itu seorang yang sangat mementingkan kebersihan, sekali gus menepis persepsi negatif yang sering diperkatakan selama ini. "Kelantan this, Kelantan that... tapi sepanjang saya duduk kolej, orang Kelantan je yang jaga kebersihan rumah.Kebersihan di rumah sewa menjadi tanggungjawab para penghuninya. -Gambar hiasan AI"Yang negeri lain, kalau sampah tak dikutip, mereka biarkan je. Masak pun bersepah. Itu belum cerita bab tandas, rambut tak kutip."Yang jumpa orang Kelantan teruk dan kotor ni, mungkin diri awak pun macam tu. Jadi attract sesama sendiri," tulisnya.Di ruangan komen, beberapa lagi individu turut berkongsi hal sama dan memuji rakan serumah mereka yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.Wanita raih perhatian ramai selepas kongsi kisah rakan serumahnya yang berasal dari Kelantan.Dia berkata penyewa dari Kelantan itu merupakan individu yang sangat menjaga kebersihan.Wanita itu mempersoalkan pandangan negatif orang ramai terhadap rakyat Kelantan.Ramai netizen turut puji rakan-rakan mereka yang berasal dari Kelantan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bekas rakan serumah saya masa study dulu, yang pengotor dari Perak dan Johor. Bukan Kelantan. Saya pelik kenapa orang suka kutuk (rakyat) Kelantan?"Saya ni daripada kecil sampai besar merantau. Saya tengok orang negeri lain pengotor. Jadi jangan pukul rata."Kawan saya yang Kelantan siap buat jadual kebersihan tau," tulis beberapa individu.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restuARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan dihina teman lelaki, anggap kerja buat ‘affiliate’ tiada masa depan - “Awak tu followers pun tiada”Bagaimanapun beberapa lagi pelayar Thread berkongsi pengalaman buruk mereka ketika menyewa dengan orang Kelantan."Masa saya di universiti, orang Kelantan la yang sepahkan barang, tak kemas, pakai lawa-lawa tapi kepala bau kepam. Sisa makanan biar dalam bangkul sampah dalam bilik."Padahal orang Kelantan paling kotor. Tanyalah sesiapa yang pernah serumah dengan orang Kelantan. Mesti 80 peratus ada pengalaman buruk," tulis netizen lagi.