suria

Wanita berendam air mata dapat tahu bekas suami bakal timang cahaya mata dengan isteri baharu... Risau anak kembar bersama terabai

Setiap orang berhak untuk bahagia dengan cara masing-masing. -Gambar hiasan AI

BUKAN mudah untuk benar-benar menutup 'buku lama', apatah lagi jika ia melibatkan individu yang pernah bertakhta di hati.

Bagi seorang ibu tunggal, hatinya sedih apabila mendapat berita bekas suaminya bakal menimang cahaya bersama isteri baharu biarpun sudah tiga tahun mereka berpisah.

Katanya perasaan sedih itu datang tanpa sedar walaupun mengakui sudah move on atau menerima ketentuan bahawa rumah tangga yang dibina sebelum ini tidak bertahan lama.

"Saya rasa sedih apabila dapat tahu bekas suami akan ada anak baharu. Patut ke saya menangis? Saya tak ada perasaan dah dekat dia, cuma rasa kecewa sebab takut.

Tugas membesarkan anak sendirian sebagai ibu tunggal bukan tugasan yang mudah. -Gambar hiasan AI

"Saya teringat semula apa yang pernah jadi dekat rumah tangga kami sebelum ini. Cara dia tikam belakang tu... tiga tahun ambil masa nak move on daripada semua ni.

"Tapi Alhamdulillah tak ada rasa dah. Tapi kenapa sedih sangat sekarang ni apabila dapat tahu dia nak ada anak baharu sampai saya menangis," luahnya dalam hantaran di Threads.

Dalam pada itu, wanita ini mengakui dia berasa takut apabila memikirkan nasib anak kembarnya, hasil daripada perkahwinan dengan lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal minta cerai, cemburu bekas suami bahagia bersama orang baharu... Fikiran toksik muncul, anggap lelaki cepat ‘move on’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mahu jaga bekas suami lumpuh, kenang kebaikan sebelum bercerai... Ramai nasihat jangan cari masalah

"Anak-anak kami tidak lagi jadi satu-satunya anak dia. Adil ke untuk saya? Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi sedih.

"Apabila dapat tahu, muka saya berubah sampai tak boleh sorok dan tak tahu nak bagi reaksi sedih, kecewa atau marah. Tak tahu nak cakap macam mana apa saya rasa.

"Saya dah lalui macam-macam. Rasa sakit tu trauma... asyik datang balik apabila ingat dan harap saya boleh jadi lebih kuat lagi dan lagi," katanya yang mengakui sudah berdamai dengan takdir.

Susulan luahan itu netizen tampil memberi pandangan dan kata-kata semangat kepada wanita ini selepas menceritakan situasinya.

  • Wanita sedih dapat tahu bekas suaminya bakal mendapat anak baharu walaupun sudah tiga tahun berpisah.
  • Berita itu mengembalikan trauma lama perkahwinannya walaupun dia sudah berdamai dengan takdir.
  • Dia risau anak kembarnya akan kurang perhatian dan kasih sayang daripada ayah mereka.
  • Perasaannya bercampur antara sedih, kecewa dan keliru sehingga sukar dikawal.
  • Netizen nasihat tidak terus mengenang masa lalu dan percaya bekas suaminya akan adil sebagai bapa.

"Benda sudah lepas, usah dikenang. Fasal anak insya-Allah kalau dia ayah yang adil, dia tak akan biarkan anak-anak terbiar.

"Awak cuma takut anak akan diabaikan atau hilang kasih sayang bila ada anak baharu.

"Maaf, saya tak akan berlapik dalam komen saya. Tolong la, apa jadi dekat bekas suami bukan urusan awak lagi. Jangan risau fasal anak, awak wanita kuat," komen beberapa netizen.

Artikel Lain