MENJADI ibu bapa pada era serba moden datang bersama pelbagai cabaran baharu termasuk soal pengurusan kendiri walaupun ada pihak mungkin menganggapnya remeh.Salah satu daripadanya ialah latihan ke tandas, yang lazimnya dipraktikkan sejak si kecik berusia tiga hingga empat tahun. Di laman Thread, seorang guru taska tampil memberikan teguran berdasarkan pengalamannya apabila mendapati kanak-kanak berusia sekitar lima tahun masih belum dilatih untuk ke tandas.Menurutnya, isu ini bukan sekadar menyusahkan pihak pengajar, tetapi turut menimbulkan persoalan tentang peranan ibu bapa dalam membentuk perlakuan anak yang seharusnya bermula di rumah.Sesetengah sekolah swasta tidak menerima murid masih mengenakan lampin pakai buang. -Gambar hiasan AI"Hari tu terjumpa Thread... ada seorang ibu ni, anak dia pakai lampin pakai buang di usia lima tahun dan cakap, itu memang kerja guru tadika kalau anak dia berak, kena basuh."Kenapa ye? Saya tahun ni dapat budak lima tahun, ramai pakai lampin pakai buang. "Kenapa ibu bapa? Kenapa manjakan anak tak kena tempat? Sampai bila nak pakai lampin pakai buang? Najis dah macam orang dewasa tau," luahnya dalam hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bujang pertikai ibu bapa hantar anak ke tadika swasta, anggap nak ‘flex’... Hujung bulan merungut tak cukup duitARTIKEL BERKAITAN: Individu dedah sisi gelap kerja di taska, kerahan tenaga tahap maksimum! Banting tulang 10 jam dibayar RM1,400Dia berpendapat situasi tersebut bukan sahaja makan masa malah mengganggu proses pembelajaran apabila guru terpaksa menguruskan hal kebersihan sehingga menjejaskan fokus terhadap aktiviti pendidikan lain.Dalam pada itu wanita berkenaan turut berkongsi pengalamannya bertugas di dua buah sekolah yang mempunyai pendekatan berbeza membabitkan perkara berkenaan. Seorang guru taska menegur sikap ibu bapa yang masih belum melatih anak ke tandas walaupun sudah berusia lima tahun.Menurutnya, ramai kanak-kanak seusia itu masih memakai lampin pakai buang ketika berada di taska.Situasi tersebut menyukarkan guru kerana perlu menguruskan kebersihan sehingga mengganggu proses pembelajaran.Wanita itu turut berkongsi pengalamannya di sekolah swasta sebelum ini yang tegas dalam hal ini.Netizen bersetuju latihan ke tandas dan sikap berdikari anak perlu bermula di rumah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekolah lama saya, soalan pertama sebelum daftar mesti pakai lampin pakai buang lagi ke tak? Kalau jawapan ibu bapa masih pakai, maaf memang tak terima."Tapi sekolah saya sekarang, terima je semua. Untuk pengetahuan, kedua-dua sekolah swasta. Tapi sekolah dulu sangatlah jaga kebajikan guru, yang kedua ni 'cincai' je," tulisnya lagi.Perkongsian wanita tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai bersetuju bahawa latihan ke tandas seharusnya bermula di rumah dan bukan dibebankan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Sebahagian komen netizen. Selain itu ada juga yang berpendapat ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam membentuk tahap berdikari anak sebelum menghantar mereka ke institusi pendidikan awal."Bukan manjakan ni tapi parents pemalas. Semua nak senang dan semua harap orang lain yang uruskan."Kesiannya nak handle. Dan ya, ini memang parents yang pemalas. Macam-macam alasan bagi. "Lepas ni tadika dah boleh kot caj extra untuk parents yang hantar anak diaorang pergi tadika pakai diapers," demikian antara komen netizen.