suria

Senior pejabat kena ‘sidai’, pelajar intern tak tunjuk muka di majlis perpisahan - “Kami tempah makanan, beli hadiah untuk kamu”

Hargailah usaha orang lain yang ingin meraikan kita. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelajar praktikal yang tidak hadir ke majlis perpisahan anjuran rakan-rakan sepejabat khas untuknya.

Menurut wanita itu, pelajar tersebut tidak menghargai usaha kakitangan pejabat yang mengumpul duit dan menempah makanan sebagai tanda penghargaan atas sumbangannya sepanjang tempoh latihan.

Katanya, pelajar tersebut bukan sahaja gagal hadir malah terus menghilangkan diri dengan tidak mengambil hadiah tanda perpisahan yang dibeli untuknya.

Jarang berlaku majlis perpisahan bagi meraikan seseorang individu itu tetapi dia tidak menghadirinya. -Gambar hiasan AIJarang berlaku majlis perpisahan bagi meraikan seseorang individu itu tetapi dia tidak menghadirinya. -Gambar hiasan AI

"Tak kisah la awak habis kerja terus sambung belajar atau awak memang tak berminat dengan company ni. Atau awak ada sebab-sebab lain sekali pun. Tapi tolonglah tunjuk sedikit rasa penghargaan. 

"Kami dah kumpul duit, tempah makanan, beli hadiah untuk meraikan hari terakhir kamu. Tapi kamu bukan saja tak datang, malah tak mesej atau ucap terima kasih pun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran penuh, lelaki berbaju korporat tolak permintaan budak intern nak kongsi meja... Pandang macam jijik sangat!

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan henyak pelajar ‘intern’, kerah kerja hampir 16 jam sehari! Ibu resah anak kerap mengadu, bidang kejuruteraan ‘keras’

Menurutnya, majlis perpisahan itu diadakan pada 6 Oktober lalu dan disesuaikan dengan masa yang sesuai oleh pelajar itu sendiri.

“Hari yang diraikan 6 Oktober tak datang, 16 Oktober pun masih tak ada rasa nak datang ambil hadiah murah daripada kami,” katanya.

  • Seorang pekerja kecewa intern tidak hadir majlis perpisahan yang disediakan khas untuknya.
  • Rakan pejabat sudah kumpul duit, tempah makanan dan beli hadiah tanda penghargaan.
  • Intern bukan sahaja tak hadir, malah tak hubungi sesiapa dan tak ambil hadiah.
  • Majlis pada 6 Oktober disusun ikut masa intern, namun dia tetap tak muncul.
  • Warganet kecam sikap intern yang dianggap tiada adab dan tidak tahu menghargai.

Tambahnya, majlis itu sekadar saguhati kecil sebagai tanda penghargaan seperti yang dilakukan kepada pelajar sebelumnya agar tidak timbul perasaan pilih kasih.

"Masa mula dia datang, kita memang tengah raikan intern sebelum tu. Jadi takkan masa dia tamat praktikal kita tak sambut," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang bersetuju agar pelajar praktikal menunjukkan adab dan rasa hormat kepada rakan sekerja walaupun tempoh latihan sudah tamat.

"Budak-budak zaman sekarang memang tiada adab. Kita sebagai ibu bapa kena ajar anak-anak kita beradab dahulu, baru berilmu.

"Benda yang kami pensyarah tak berjaya nak ajar sebab kadang dengan pensyarah pun buat lebih kurang.

"Kat pejabat saya macam ni la. Dia boleh balik terus tak salam semua orang. Dah la ada sediakan hadiah untuk dia juga. Adab tu tertinggal," katanya.

Artikel Lain