DALAM menjalani kehidupan seharian, kita pasti pernah berdepan dengan situasi atau insiden yang tidak dijangka. Apabila situasi itu melibatkan individu tak dikenali, sedikit sebanyak akan timbul perasaan janggal dan segan, namun terpaksa juga menghadapinya kerana tiada pilihan. Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi kisah yang tidak dapat dilupakannya sewaktu mahu menjamu selera di sebuah restoran. "Dulu masa intern (latihan industri) dekat Kuala Lumpur, saya nak pergi makan tengah hari. Waktu tu seorang je. Saya pergi ke restoran mamak depan KLCC dan tak jumpa meja kosong. "Lepas tu ada seorang lelaki berpakaian korporat tengah duduk seorang dekat meja yang ada empat tempat duduk. "Saya macam dah tak tahu nak ke mana, jadi saya tanya dia, boleh tak duduk satu meja dengannya," kongsinya dalam hantaran berkenaan. Kedai makan bukan hanya tempat untuk menjamu selera, tetapi juga untuk menikmati waktu santai sama ada bersendirian, bersama rakan-rakan atau keluarga. -Gambar hiasan Tambah pelayar tersebut, biarpun jawapan yang diberikan agak mengecewakan namun dia dapat menerimanya tanpa banyak soal. Sebaliknya, apa yang membuatkan dia terkejut apabila lelaki berkenaan menunjukkan reaksi yang sama sekali tidak diduga. "Dia menolak berserta dengan pandangan yang seolah-olah jijik pada wajahnya. "Rasa menyesal tanya macam tu. Maksud saya, tiada siapa pun yang nak berkongsi meja dengan orang tak dikenali. "Kenapalah aku terfikir nak duduk satu meja dengan dia," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa terhina makcik ‘stranger’ tegur gaya tudung, tak suka nampak dahi jendul - “Pergi betulkan, pelik saya tengok” ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba muncul di tandas, wanita serba salah belanja warga asing makan burger... Terfikir-fikir apa niat asalnya Sekadar berkongsi cerita di laman sosial, pelayar tersebut berkata dia hanya ingin mengetahui pandangan warga maya tentang tindakan yang perlu dilakukan jika sekali lagi berdepan situasi sama. Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi dan pandangan berbeza. Fikir positif saja dan anggap itu pengalaman berharga iaitu belajar untuk menghadapi penolakan. NETIZEN Segelintir netizen mengecam sikap lelaki berkenaan yang didakwa sombong tidak bertempat dan tidak bertimbang rasa. "Apabila tempat tidak cukup, selalunya bertindaklah sopan untuk berkongsi meja. Sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling anda. "Pernah beberapa kali juga (hadapi situasi sama) sebab makan solo. Mungkin awak jumpa orang yang salah pada waktu yang salah. "Saya kongsi meja dengan orang tak dikenali banyak kali. Terkejut ada ye yang tak bagi. Mungkin bukan Malaysian kot," komen netizen. Antara pandangan yang dilontarkan netizen. Namun dalam masa sama, ada netizen melontarkan pandangan sebaliknya dan beranggapan sesetengah individu mungkin kurang selesa atau mahu menikmati waktu makan mereka dengan tenang. "Dia nak me time atau dia sejenis yang 'ini tempat aku'. "Fikir positif saja dan anggap itu pengalaman berharga iaitu belajar untuk menghadapi penolakan, learn about rejection. "Jangan risau juga untuk cakap no kalau orang request apa-apa daripada kita dan kita tak comfortable nak kata yes. Dan be okay juga untuk terima no tanpa overthinking," komen netizen.