suria

Pemuda Johor batal tunang saat akhir sebab banjir! GF dah siap mekap malu keluar bilik, majlis bertukar doa selamat

Seorang adik simpati dengan nasib kakaknya yang tidak jadi bertunang. -Gambar hiasan

MENJADI satu 'mimpi ngeri' sekiranya majlis yang dirancang tidak terlaksana seperti diharapkan.

Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit keluarganya apabila majlis pertunangan kakak yang dipanggil Angah tidak menjadi kenyataan, meskipun persiapan sudah dibuat.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri, Angah sepatutnya bertunang pada Disember 2024 tetapi terpaksa menangguhkan majlis ke 11 Januari 2025.

Menjelang hari yang dinantik-nantikan, bakal tunang Angah memaklumkan bahawa kawasan tempat tinggalnya di Johor dilanda banjir, namun berjanji akan tetap hadir ke majlis itu kerana paras air masih rendah.

Seorang adik menceritakan tragedi buruk mengenai majlis tunang kakaknya. -Gambar hiasan

"Pukul 7 pagi kakak saya ada dapat panggilan daripada lelaki tu cakap dekat kawasan dia banjir. Kami di pihak keluarga pun faham memang tengah musim banjir.

"Tapi katanya boleh lepas sebab paras air sekitar buku lali. Jadi dia kata insya-Allah boleh datang, gerak dalam pukul 10 pagi.

"Sehingga saudara mara mula datang, dia sudah tidak dapat dihubungi. Mungkin tutup telefon tapi kakak bersangka baik anggap bateri telefon dia habis. Saya sudah mula tak sedap hati," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, katanya, tetamu sudah semakin ramai sekitar pukul 1.10 petang, justeru kakak sulungnya cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlanjur, wanita nak nikah enggan lagi buat dosa... Tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sayang sangat sepupu perempuan, peluk-peluk manja perkara biasa... Geram GF suruh jaga batas, terus tak jadi tunang

Akhirnya, lelaki itu memaklumkan bahawa dia masih berada di Johor Bahru atas alasan masalah keluarga dan tidak dapat hadir.

Tidak lama kemudian, pemuda berkenaan menghantar mesej meminta maaf tidak dapat hadir dan berjanji akan membayar ganti rugi.

"Pukul 12 tengah hari, mak andam datang untuk mekap kakak saya. Saya dekat luar layan tetamu. Tak lama lepas tu Along (kakak sulung) masuk bilik tanya pihak lelaki ada di mana.

"Sepatutnya majlis dah berlangsung selepas waktu Zohor. Angah beberapa kali cuba hubungi pun masih tak dapat. Tak lama lepas tu panggilan Angah saya dapat disambung.

Angah dah tak boleh nak cakap apa dengan keputusan lelaki itu.

PENGADU

"Lelaki tu beritahu ada masalah keluarga. Nanti dia call semula. Tak lama tu dapat mesej dia cakap maaf tak dapat hadir. Akan ganti rugi dan dia ada masalah besar melibatkan keluarga," ujarnya.

Akhirnya, majlis pertunangan itu ditukar menjadi kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi anak saudara sebagai langkah untuk menutup malu dan menjaga hati para tetamu.

Dalam pada kakaknya menanggung kerugian hampir RM1,500, wanita ini berkata, apa yang lebih menyakitkan adalah perasaan kecewa dan malu.

"Angah dah tak boleh nak cakap apa dengan keputusan lelaki itu. Sepatutnya pukul 2 petang dah mula majlis tapi pihak lelaki maklumkan 30 minit sebelum tu.

Banyak kisah mengenai majlis pertunangan dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

"Dia menangis dan malu nak keluar bilik. Ayah saya dah meninggal dunia jadi kami minta bapa saudara yang jadi wakil keluarga ni maklumkan situasi sebenar kepada tetamu.

"Jadi bapa saudara saya umum secara baik dengan tetamu beritahu yang pihak lelaki tak dapat hadir sebab banjir dekat Johor Bahru," ujarnya.

Walaupun peristiwa itu meninggalkan luka mendalam, keluarganya bersyukur kerana para tetamu memberikan sokongan moral dan mendoakan yang terbaik untuk kakaknya.

"Kami anggap lelaki itu pun tersepit dalam situasi bencana yang melanda. Walaupun berakhir 'sakit' macam ni tapi kami lebih rela sakit sekarang dari sakit kemudian hari.

"Sekurang-kurangnya kami tahu Allah tu sangat sayangkan kakak sebab tu Dia 'selamat'kan Angah dari hubungan toksik dengan pasangannya," ujarnya menutup kisah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain